Konflik antara Kylian Mbappe dan bekas pasukanya, Paris Saint-Germain (PSG) berhubung isu tunggakan gaji nampaknya masih belum berakhir.

Difahamkan,PSG masih berhutang sebanyak £46 juta walaupun Jawatankuasa Rayuan Liga Perancis memutuskan kelab gergasi Perancis itu perlu membayar jumlah tersebut kepada Mbappe.

Baca Juga:

Bagaimanapun, kelab yang baharu sahaja mengesahkan kejuaraan Ligue 1 2024/25 itu masih enggan membuat pembayaran dan dikatakan mahu mencabar keputusan tersebut melalui mahkamah.

Melihatkan kepada masalah yang semakin sulit, Mbappe melalui ketua peguamnya, Delphone Verheyden menggesa Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) supaya menghukum PSG dengan tidak membenarkan kelab tersebut beraksi dalam saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Mbappe
2025 French forward Kylian Mbappe’s lawyers Delphine Verheyden, Frederique Cassereau, Thomas Clay and Pierre-Olivier Sur during the press conference REUTERS/Stephanie Lecocq

Apa Kata Peguam Mbappe?

“Proses ini bermula pada Februari 2024, dan sejak itu, PSG tidak menunaikan tanggungjawab kontrak mereka. Dalam kes Kylian Mbappe, ia tidak lebih rumit daripada itu. Beliau menyertai PSG pada musim panas tahun 2017.”

“Beliau menandatangani kontrak yang telah dilanjutkan pada musim bunga tahun 2022, untuk dua musim dengan satu pilihan lanjutan.”

“Sepanjang tempoh itu, terdapat pertukaran pandangan, perbincangan, tekanan. Semua itu akan dibincangkan semula. Kontrak telah ditandatangani. Terdapat dua kontrak.”

“Adakah ia telah dipenuhi? Ya. Sehingga ke penghujungnya? Ya. Telah dibayar? Tidak.”

“Apa yang masih belum diselesaikan? €55 juta (£46 juta). Kali ini, satu keputusan telah dibuat — untuk mengambil tindakan.”

Mbappe
Kredit Foto: REUTERS/Christian Hartmann/File Photo

“Masalah kami ialah pemain masih belum menerima bayaran yang sepatutnya, dan kelab pula secara terbuka menyatakan bahawa mereka tidak akan melaksanakan keputusan-keputusan ini.”

“Kami sedang berurusan dengan sebuah kelab yang tidak menghormati kontrak pekerjaan, dan tidak mematuhi keputusan yang mengikat mereka.”

“Maka, tiada pilihan lain selain membawa perkara ini ke peringkat seterusnya, iaitu menyita jumlah wang tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan memaklumkan UEFA.

“UEFA kini sedang menilai permohonan kelab untuk musim hadapan. Antara kriteria yang mesti dipenuhi untuk mendapatkan lesen adalah tidak mempunyai tunggakan bayaran kepada kakitangan, termasuk pemain.”

“Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memaklumkan perkara ini kepada UEFA,” ujar Delphine menurut sumber laporan Goal.

Sumber