Pada hari semalam tular satu klip video menunjukkan dalam sebuah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) banjir selepas air hujan jatuh dari siling.

Menerusi satu kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, beliau memberi jaminan bahawa operasi perkhidmatan agensi itu di cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur masih lagi beroperasi seperti biasa hari ini, petik Kosmo.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya lagi, kawasan yang terjejas ekoran hujan lebat semalam perlu ditutup buat sementara waktu.

“Hanya tempat yang terkesan sahaja (ditutup sementara) dan bukan seluruh bangunan itu.

“Cuma ada beberapa seksyen di JPJ Wangsa Maju yang terpaksa ditutup untuk proses baik pulih antaranya di bahagian pelesenan pemandu, namun tidak semua kawasan terkesan banjir itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini lewat malam tadi.

Jelas beliau lagi, JPJ Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan termasuk dari segi kerosakan dan akan menghantar kepada Ibu Pejabat JPJ.

Sumber