Pemimpin sayap tentera Hamas menyatakan kumpulan bersenjata itu telah melancarkan operasi ketenteraan baharu terhadap Israel.

Komander Briged Izz Ad-Din Al-Qassam, Mohammed Deif berkata lebih 5,000 roket telah dilepaskan ke Israel awal Sabtu untuk memulakan ‘Operasi Banjir Al-Aqsa’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami telah memutuskan untuk mengatakan cukup sudah cukup,” kata Deif sambil menggesa semua rakyat Palestin untuk berhadapan dengan Israel.

Pada masa sama, Israel juga melaporkan terdapat penyusupan oleh pejuang-pejuang Hamas dari Semenanjung Gaza.

Difahamkan penyusupan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini di selatan Israel. Penduduk di seluruh wilayah itu diarahkan untuk kekal di dalam rumah.

Penyusupan itu berlaku ketika militan di Semenanjung Gaza melancarkan berpuluh-puluh roket ke arah Israel awal Sabtu, mencetuskan siren serangan udara di seluruh negara.

Menurut laporan Al Arabiya, bunyi roket dilancarkan ke udara boleh didengari di Gaza dan siren berbunyi sampai Tel Aviv, kira-kira 70 kilometer (40 batu) ke utara, semasa serangan awal pagi yang berlangsung lebih 30 minit.

Ketika serangan roket berterusan di seluruh selatan dan tengah Israel, berjuta-juta rakyat Israel diarahkan untuk tinggal berhampiran tempat perlindungan bom di rumah dan bangunan pangsapuri mereka.

Serangan itu dibuat selepas beberapa minggu ketegangan yang meningkat di sepanjang sempadan yang tidak menentu antara Israel dengan Gaza, serta pertempuran hebat di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Israel telah mengekalkan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas, kumpulan militan Islam yang menentang Israel, menguasai wilayah itu pada 2007.

Sekatan tersebut telah menyekat pergerakan orang dan barangan keluar masuk Gaza, sekaligus telah memusnahkan ekonomi wilayah itu.

Sumber