Pejuang SGD adalah gelaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura demi meraih gaju yang lebih lumayan.
Kebiasaannya mereka memilih untuk berulang-alik dari Johor pada setiap hari kerana kos yang tinggi jika menetap di negara berkenaan, tetapi seorang individu tempatan mendakwa sebaliknya berhubung perkara isu terbabit.
Menerusi grup FB Complaint Singapore, dia meluahkan bagaimana dirinya merasa hidup di Singapura jauh lebih murah berbanding Malaysia.
Menurut lelaki itu, dia mendedahkan kuasa membeli secara keseluruhannya adalah lebih rendah apabila perlu membelanjakan hampir RM60 pada setiap kali makan di luar dan tidak termasuk perkara lain lagi.
“Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur dengan kuasa berbelanja sebagai orang tempatan, saya sering membelanjakan sekitar RM30 sehingga RM60 untuk makan dan snek setiap kali keluar. Walaupun saya pergi ke kedai makan yang murah, ia berharga RM12 untuk nasi ayam”, kongsinya.
Bagaimanapun, selepas dia datang ke Singapura untuk bekerja, dirinya mendapat kos sara hidup di sana adalah lebih murah sekaligus miliki kuasa membeli yang besar.
“ Sekarang, saya telah datang ke Singapura dan memperoleh wang tempatan (mereka). Semua yang ada di Singapura memang murah, murah, murah. Makanan segera, pusat penjaja, restoran benar-benar murah, murah, murah, dengan kuasa perbelanjaan tempatan (mereka).”
Memandangkan dia sudah mempunyai kuasa membeli yang lebih besar susulan menerima gaji dalam SGD, dia meluahkan rasa tak senang apabila rakyat Singapura banyak mengeluh tentang harga di situ.
“Saya berasa kecewa apabila rakan sekerja saya (Singapura) mengadu bahawa GST telah naik dan semuanya ‘mahal’”, tambahnya lagi.
Baginya, hanya yang kereta yang mahal di sini, asalkan anda memenuhi keperluaan dengan gaji yang mencukupi sudah mampu memiliki rumah meskipun bersaiz kecil.
Bahkan, dia berpendapat kerajaan juga telah melakukan kerja yang bagus dalam memastikan kos yang berpatutan untuk keluarga keluarga berpendapatan pertengahan.
Dia mendakwa kehidupan yang serba cukup ini bukan mudah untuk dikecapi di negara lain,
Perkongsian lelaki itu langsung menjadi perhatian netizen tempatan dan dari Singapura juga yang mana rata-ratanya mengatakan setiap negara memiliki kelebihan tersendiri.
Malah, netizen dari Singapura sendiri mengakui rasa tekanan hidup meskipun miliki nilai matawang yang tinggi pada masa kini.