Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Global Workspace Report oleh Gallup untuk menilai tahap  emosi masyarakat di seluruh negara di Asia Tenggara, telah mendedahkan pandangan yang menarik tentang tahap kemarahan dan tekanan harian yang dialami oleh individu di rantau ini.

Menurut dapatan tinjauan, Malaysia berada di kedudukan ke-8 dalam kalangan sembilan negara Asia Tenggara dari segi tahap kemarahan harian, dengan hanya 16% responden melaporkan rasa marah di tempat kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini meletakkan Malaysia mendahului rakan serantaunya, ini menunjukkan persekitaran kerja yang agak tenang dan terkawal untuk rakyat di Malaysia.

Singapura, yang terkenal dengan gaya hidup pantas dan berdaya saing, secara mengejutkan berada pada kedudukan lebih rendah daripada Malaysia dalam tahap kemarahan harian.

Dengan hanya 15% penduduknya yang melaporkan rasa marah di tempat kerja, Singapura memperoleh tempat ke-9 dalam senarai, menunjukkan insiden kemarahan di tempat kerja yang lebih rendah berbanding negara jiran.

Kajian ini dijalankan dengan 1,000 individu di setiap negara, tinjauan itu bertujuan untuk mengesan perubahan dalam keadaan emosi di seluruh Asia Tenggara.