Apabila sebut kedai mamak, ada sebahagian daripada kita mula prejudis dengan tahap kebersihan mereka kerana sering kali dihidangkan dengan berita berkaitan persekitaran atau penyediaan makanan di dapur yang kotor.

Jadi, mereka memilih untuk tidak mengunjungi kedai-kedai sebegini demi mendapatkan servis atau makanan yang lebih berkualiti dan diyakini bersih di mata kasar.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baru-baru ini, tular di platform TikTok tentang sebuah video yang memperlihatkan situasi penutupan kedai kedai mamak terkemuka pada awal pagi namun kelihatan seorang pekerja menyentuh seekor anjing yang sedang berkeliaran di kawasan itu.

Pekerja itu sepertinya sudah biasa dengan keadaan tersebut kerana anjing nampak jinak dan sedia bermain-main bersamanya.

Si perakam juga kelihatan agak terkejut dengan aksi bersahaja pekerja kedai itu bersama anjing dan mendedahkan pekerja yang sama menghantar makanan kepadanya sebelum ini.

Kita sebagai muslim sedia maklum anjing merupakan najis mughallazah dan tidak diketahui tahap kebersihan haiwan yang terbiar di jalanan.

Video itu langsung menjadi tular dan berjaya meraih lebih ratusan ribu jumlah tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripad netizen di platform TikTok.

@imal01__

weh srs lh mamak,aku dala tgh mkn dala dia yg tukang hntr makananšŸ˜± lepsni aku last makn kt mamakšŸ„µ #viral #bahauproblem #heritage

ā™¬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull eSport

Ramai meluahkan rasa terkejut kerana kedai nasi kandar terkenal yang selalu dikunjungi itu tidaklah sebersih yang disangka selama ini. Bahkan, netizen berpendapat sudah pasti pekerja-pekerja yang sama akan mengendalikan makanan serta pinggan dan cawan yang diberikan kepada pelanggan yang makan di situ.

Susulan itu, ramai berkata sudah tidak mempercayai lagi kedai-kedai mamak atau nasi kandar di luar sana kerana tahap kebersihan yang mencurigakan dan akan lebih berwaspada dalam pemilihan tempat makan selepas ini.