Kira-kira 1,000 kakitangan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang terlibat dalam penstrukturan semula syarikat itu dijangka ditawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) sebelum 1 April ini.

Difahamkan, surat pekeliling mengenai pengumuman itu telah dikeluarkan kepada kakitangan syarikat petroleum itu menerusi e-mel, hari ini.
Pemberian VSS tersebut, dipercayai mampu mengurangkan kira-kira 10 peratus perbelanjaan operasi (opex) selain berdepan dengan isu kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa.
Difahamkan, Petronas juga sedang mengkaji untuk tidak menyambung perkhidmatan kakitangan kontrak di luar tugasan kritikal.
Bagaimanapun, kakitangan bahagian teknikal termasuk bukan eksekutif tidak terlibat dalam penstrukturan itu.
BACA: Petronas Potong Belanja RM50 Bilion Dalam 4 Tahun