Mungkin benar kata arwah Mamat Khalid betapa pentingnya “English education,” atau nanti anda mungkin akan menghadapi masalah yang sama seperti pelajar ini.
Seorang pelajar MMU terpaksa membayar sehingga RM44 untuk minuman Starbucks setelah dia gagal untuk memahami bahasa Inggris yang digunakan oleh staf kepadanya.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Dalam sebuah hantaran di halaman Facebook MMU Confessions, pelajar yang bernama Eileen memberitahu bahawa dia gagal untuk memami apa yang dikatakan okeh staf terbabit kerana dia menggunakan bahasa inggeris.
Akibat daripada itu, dia hanya mengikut apa yang dikatakan oleh staf tersebut sebelum terpaksa membayar harga yang mahal iaitu RM44.00 untuk secawan kopi.
Pelajar tersebut juga mengeluh bahwa dia dimalukan oleh staf saat membuat pesanan, “Saya tidak bisa mengerti bahasa Inggris dan hanya menganggukkan kepala. Staf itu bahkan mentertawakan saya ketika saya membuat pesanan!”
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai realsi netizen dengan kebanyakan mereka menyatakan bahawa pelajar tersebut yang salah kerana gagal untuk memahami.
Sebahagian netizen lagi meminta agar pelajar tersebut untuk mengikuti kursus bahasa inggeris bagi memahami asas bahasa tersebut.