Seorang pelajar Malaysia berumur 23 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam satu pertengkaran di Ren’er Road di Bandar Keelung, Taiwan. Pihak polis kini sudah menahan tiga suspek dan mendakwa mereka di atas kesalahan cubaan membunuh, menyerang dan bergaduh.

Menurut Rangkaian Berita China Times, kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi hari Rabu, bermula apabila pelajar Malaysia, Chen, dan rakannya berusia 24 tahun, Yan sedang menikmati malam di sebuah pusat karoake.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut, mereka bertemu Chen, seorang lelaki Taiwan berusia 22 tahun, bersama Lin dan Zhang yang berusia 18 tahun. Pertemuan yang pada mulanya biasa tiba-tiba memuncak menjadi konflik.

Laporan polis melaporkan bahawa Chen dari Taiwan telah menyerang mangsa dan rakan-rakannya dengan pisau lipat.

Mangsa mengalami luka tikaman di bahagian paha, menyebabkan pendarahan yang banyak, manakala Yan mengalami luka di bahagian bawah kaki kanannya.

Walaupun mangsa telah menerima rawatan susulan, tetapi dia disahkan meninggak dunia akibat kecederaan terbabit pada hari yang sama.

Susulan serangan itu, suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki teksi. Bagaimanapun, Balai Polis Jalan Zhong’er berjaya menahan ketiga-tiga suspek dalam tempoh satu setengah jam selepas kejadian.

Suspek utama, Chen, ditahan atas perintah mahkamah, manakala rakannya Lin dan Zhang diletakkan di bawah pengawasan rumah.

Difahamkan mangsa adalah warga Malaysia, pelajar tahun tiga di Universiti Lautan Taiwan Kebangsaan, sedang mengikuti pengajian Maklumat Alam Sekitar Marin.

Difahamkan bahawa ibu dan kakak mangsa telah terbang ke Taiwan dan diberi taklimat mengenai kes tersebut dan menyediakan sumber daripada Persatuan Perlindungan Mangsa Jenayah.

Polis, bersama-sama Bahagian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kor Belia, menawarkan sokongan menyeluruh kepada keluarga itu dengan penyelarasan dengan pihak sekolah dan persatuan.

Sumber