Seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah telah dibuli berikutan khabar angin yang meluas bahawa dia memakai jam tangan mewah Rolex ke sekolah.

Menurut portal Weird Kaya, khabar angin itu telah mencetuskan kecaman dan stereotaip daripada warganet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kontroversi itu bermula apabila laman Facebook sekolah itu menyiarkan koleksi gambar memperkenalkan pelajar baru Tingkatan 1.

Sumber Gambar: Facebook Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah

Menerusi salah satu gambar dikongsikan, kelihatan seorang pelajar memakai jam tangan yang menyerupai Rolex Hulk. Gambar itulah telah mencetuskan kecaman dan stereotaip oleh netizen.

Dalam pada itu, netizen menuduh pelajar itu mempamerkan kekayaan. Kemudian mengaitkannya semua pelajar sekolah persendirian di Sabah adalah kalangan orang berada.

Harga sebuah Rolex Hulk boleh mencecah RM132,480, sekali gus mencetuskan bualan meluas mengenai khabar angin itu.

Sumber Gambar: Facebook Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah / Tomaz Trident GR03A-D2

Sehubungan itu, Pengetua Chung Chin Hing tampil memberi penjelasan bahawa jam tangan dipakai pelajar itu bukanlah Rolex Hulk tetapi model jenama tempatan Tomaz Trident GR03A-D2.

Dalam surat terbuka di laman Facebook sekolah itu, Pengetua Chung mengecam spekulasi tidak berasas dan berbahaya itu.

Beliau mengemukakan beberapa soalan reflektif kepada orang ramai tentang ketepatan andaian mereka dan motif mereka menyebarkan khabar angin tersebut.

Kiri: Tomaz Trident GR03A-D2 / Kanan: Rolex Hulk

Pengetua Chung juga mengkategorikan pengguna media sosial: mereka yang tersilap percaya jam tangan itu adalah jenama mahal dan mereka yang menyedari kesilapan itu tetapi terus menyebarkan khabar angin tersebut.

Beliau menekankan kepentingan untuk bertanggungjawab terhadap apa yang orang ramai kongsikan dalam talian. Pada masa sama menekankan bahawa orang dewasa harus menunjukkan contoh positif untuk kanak-kanak dalam era digital ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan sekolah persendirian seperti Sekolah Menengah Sabah Tshung Tsin tidak dibiayai kerajaan.

Sekolah itu hanya bergantung pada yuran pengajian, derma dan geran kerajaan berkala untuk beroperasi.

Beliau turut menegaskan bahawa sekolah itu menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan, dengan menyokong kira-kira 200 keluarga setiap tahun.