Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Malaysia mengharamkan sepenuhnya vape dan e-rokok, lapor Malay Mail.

Ia juga menggesa agar Parlimen meluluskan rang undang-undang Generasi Terakhir selepas terdapat bukti kukuh bahawa e-rokok dan vape mempunyai akibat kesihatan yang serius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata kesannya kini dapat dilihat dengan pelajar sekolah turut terlibat dalam pengambilan Vape dan e-rokok. Beliau mengangap ini adalah salah satu cara peniaga vape mengeksploitasi pelajar sekolah.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022, rakyat Malaysia berumur 13-17 tahun menggunakan e-rokok dan vape meningkat daripada 9.8% pada 2017 kepada 14.9% pada 2022, manakala terdapat penurunan dalam penghisap rokok, statistik menunjukkan trend remaja beralih kepada e-rokok dan vape.

Untuk reko, aktiviti merokok tidak kira elektronik atau pun tembakau, ia telah menerima impak yang buruk kepada pelajar sekolah.

Pada awal tahun ini saja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa lebih 40,000 pelajar sekolah didapati telah berkecimpung dalam aktiviti menghisap rokok. Difahamkan daripada 1.3 juta pelajar sekolah menengah yang disaring, seramai 43,019 dikenal pasti sebagai perokok.