Siapa sangka waktu bersalin seorang pelajar adalah ketika dia menduduki peperiksaan. Tetapi itu yang terjadi kepada seorang pelajar sekolah menengah di Sampang yang bersalin ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, lapor Buletin Utama.

Muhammad Nurchalid, guru yang ditugaskan untuk menjaga peperiksaan pada hari itu mendakwa bahawa tiada sebarang tanda bahawa pelajar itu bakal bersalin pada awalnya dan dia juga kelihatan tenang ketika masuk ke bilik peperiksaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya menjaga peperiksaan pada jam kedua, suasana dalam bilik peperiksaan ketika itu juga normal,” kata Nurchalid kepada Kompas sambil menceritakan bahawa kejadian itu berlaku semasa kelas itu sunyi kerana pelajar fokus menjawab soalan tiba-tiba menjadi riuh.

Beliau yang cuba menenangkan keadaan terkejut apabila terdengar suara bayi dan mendapati pelajarnya sudah melahirkan anak. Dia duduk dengan tenang sambil memangku anaknya sambil Nurchalid memanggil guru perempuan untuk membantu pelajar berkenaan.

“Kebetulan seorang guru mengenali pegawai di Pusat Kesihatan Komuning dan pelajar berkenaan dibawa ke pusat kesihatan itu dengan ambulans. Setibanya di pusat kesihatan, bayi berkenaan disahkan berada dalam keadaan sihat dan dibawa pulang oleh keluarga pelajar terbabit,” katanya.

Sumber