Seorang pelajar tahfiz mencuri tumpuan warganet apabila fasih bercakap dalam Bahasa Jepun bersama ayahnya.
Menerusi hantaran video TikTok @tahfizmadinatulhuffaz, pelajar itu ditemu bual atas kejayaan kecapinya.
Baca Juga:
- Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang

- Lelaki Ini Gunakan Rezeki Sebagai Penunggang Go-Jek Untuk Membangunkan Pusat Tahfiz

- Pelajar Sekolah Tahfiz Dari Sarawak Juara Kejohanan Matematik Dunia

“Saya peroleh anugerah ‘Tokoh Sahsiah Pelajar’. Saya rasa sangat gembira dan bersyukur kepada pihak sekolah, terutamanya guru-guru.
“Saya amat berterima kasih. Okay ayah?” kata pelajar itu dalam Bahasa Jepun.
@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024
♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz – MATIS Madinatul Huffaz
Dengan bangga, ayah pelajar tahfiz itu mengucapkan tahniah kepadanya.
“Tahniah, sebagai ayah saya berasa sangat gembira. Saya sangat gembira kerana dikurniakan anak perempuan yang sangat cemerlang,” kata ayah pelajar tahfiz tersebut.
Video berdurasi hampir satu minit itu mendapat lebih 1,400 komen daripada warganet.
Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau. Pada masa sama mengagumi kefasihan beliau bercakap Bahasa Jepun bersama ayahnya.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan dalam masa 24 jam.
“Mari kita doakan lebih ramai pelajar jadi aset ummah macam ini,” kata TikTok @tahfizmadinatulhuffaz.