Pelajar berusia 14 tahun yang menumbuk cikgu sendiri telah ditahan dan direman selama dua hari.

Semalam tular video di mana seorang pelajar dengan biadap melawan dan menumbuk gurunya sendiri.

Menurut laporan Buletin TV3, pelajar tersebut bengang kerana ditegur oleh seorang guru lelaki kerana dia ponteng kelas Pendidikan Jasmani.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, suasana tegang antara pelajar dan guru tersebut berlaku di luar kelas.

‘Mana Adab Dengan Guru?’ Tular Video Pelajar Biadap Tumbuk Cikgu Sendiri

Netizen rata rata mengecam tindakan pelajar tersebut yang dianggap sangat biadap dengan guru sendiri.

Netizen turut memuji guru tersebut yang dilihat kekal bersabar dengan tindakan pelajarnya yang sangat biadap.

Pelajar sudah ditahan

Menurut wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi perkongsian di X, dia menulis: “Kes murid sekolah menengah tumbuk guru di Kajang, Selangor.

“Suspek usia 14 tahun ditangkap dan direman dua hari.

“Kejadian berlaku semalam selepa suspek yang ponteng kelas pendidikan jasmani ditegur guru lelaki usia 29. Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwaraya dan dapat izin dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara setahun dan denda tidak lebih RM2,000.