Pelawak dan pelakon, Syanie Hisham, 50 meluahkan hasrat agar diberi kesempatan serta ruang untuk dirinya melakonkan watak yang lebih serius selain daripada komedia semata-mata.

Bagi dirinya, sungguhpun beliau badan besar, ia bukanlah penghalang untuk membawa watak-watak serius yang lain.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Berkongsi kerjaya lakonan, Syanie berkata, kali terakhir dia menjalani penggambaran pada Ramadan, tahun lalu melalui drama bersiri Budak Flat yang sedang ditayangkan di platform penstriman.

“Alhamdulillah, watak yang saya bawa dalam siri itu berbeza dan ramai yang puji.

“Kalau penerbit bagi peluang, insya-Allah saya boleh buat. Janganlah stereotaip pelakon badan besar hanya boleh melakonkan watak komedi.

“Bagi saya peluang yang diberi Skop Productions sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengaku sejak berhijab pada 2021, tawaran berlakonnya makin berkurang.

Syanie yang pernah membintangi filem Jaga-Jaga Senariunion mendakwa hanya menerima satu atau dua tawaran lakonan setiap tahun, sejak mula bertudung.

Bagaimanapun, Syanie berasa tidak kesal dan percaya rezeki masih ada berikutan mengusahakan perniagaan bersama suami.

“Selepas bertudung, ada satu dua tawaran diterima dalam tempoh setahun. Misalnya, tahun lalu saya terima dua tawaran menjayakan drama bersiri.

“Saya tidak kesal dan tidak kesah sebab sudah berada dalam industri ini sejak 30 tahun lalu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syanie menganggap ramai pengarah menginginkan bakat baharu apabila ditanya oleh peminat tentang betapa kurang penampilannya di TV sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Mungkin hendak tengok muka lain, jadi saya berikan peluang kepada mereka.

“Memang peminat anggap pelakon lama dan baharu lain. Tetapi, saya cakap mreka kena faham permintaan  stesen televisyen (TV) yang mahukan orang baharu, saya okay sahaja,” ujarnya.

Sumber