Hari yang sedih buat industri hiburan tempatan apabila pelakon pengarah, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Difahamkan arwah telah menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi ini.

Anaknya, Salmany Akir Ahmad tampil berkongsi perkongisan rasmi di Facebook dengan mengesahkan kematian bapanya tersebut.

Difahamkan jenazah arwah bakal dibawa ke Masjid Taman Melawati pada pagi ini menurut Biro Kesejahteraan Sosial FDAM manakala jenazah Allahyarham Mat London dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham sebelum ini telah menerima rawatan di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Menantunya, Muhamad Daniel Ahmad memaklumkan bapa mentuanya juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.

Untuk pengetahuan, Mat London merupakan presiden kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDDAM), penasihat FINAS, direktor filem dan juga pensyarah di UiTM.

Karyanya sepanjang berada dalam industri hiburan termasuk lakonannya sebagai Mat London pastinya akan dirindui ramai. Didoakan semoga seluruh keluarga dipermudahkan segala urusan dengan pemergiannya di hari yang mulia ini.