Pelakon Dwan Hamid, nekad mahu memecahkan rekod untuk tidur bersama 150 ekor ular selamat 14 hari di dalam akuarium besar.

Dwan Hamid sinonim dengan gelaran selebriti ular Malaysia. Dia sedar akan risiko yang mengancam nyawa. Namun dia sedia mengambil risiko itu demi untuk mencapai impiannya yang sudah sekian lama dipendamkannya.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Dwan Hamid menyatakan bahawa dia sudah terlibat dalam pertunjukan ular secara serius selama 15 tahun. Dia sudah berjinak jinak dengan ular sejak usia kanak kanak lagi.

Dwan memberitahu Media Hiburan: “Saya tak rasa haiwan itu sebagai musuh atau perlu takut, ular juga makhluk Allah yang patut kita sayangi, cuma kenalah berhati-hati.

“Sepanjang tempoh itu, saya banyak ikut sifu saya iaitu Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.”

Di sebalik semua pengalaman pahit dan manis, Dwan Hamid menyatakan sudah tiba masanya untuk dia mencipta rekod atas namanya sendiri. Dia mahu menduri 150 ekor ular selama 14 hari.

Dwan Hamid menafikan dia mahu mencipta rekod itu untuk sekadar menunjuk nunjuk. Sebaliknya dia ada alasan tersendiri untuk berbuat begitu.

Alasan utamanya adalah untuk memberikan sesuatu yang positif kepada masyarakat terutama sekali generasi muda. Dia juga mahu memberikan kesedaran kepada umum tentang ilmu berkaitan dengan ular dari segi habitat dan sebagainya. Seterusnya dia mahu memupuk semangat cintakan haiwan dan melindungi kehidupan dan habitat ular serta haiwan eksotik lain agar ianya tak pupus.

Dwan Hamid menambah, dia yakin apa yang dia lakukan itu – cubaan memecahkan rekod tidur dengan ular – akan dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Dengan konsep yang diselitkan dengan unsur unsur pendidikan di dalamnya.

Dia ketika ini masih dalam proses awal untuk melakukan rekod itu. Kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.