Nampaknya aktor dari Indonesia, Yayan Ruhian semakin laku di Hollywood. Setelah berjaya muncul dalam filem Hollywood Star Wars: The Force Awakens, secara rasmi Yayan akan membintangi pula filem terbaru John Wick 3.

Seorang lagi aktor Indonesia, Cecep Arif Rahman turut akan menemani Yayan untuk filem ini. Mereka akan memegang watak penjahat dalam filem ini dan berapa besar watak mereka dalam ini tidak dinyatakan lagi.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Aksi hebat Yayan dalam filem The Raid ternyata membuka mata studio Hollywood untuk mengambil beliau kerana kemahiran tempur dan silat yang ada pada Yayan. Filem Gred B Hollywood, Beyond Skyline sedikit sebanyak memberi lebih kepercayaan kepada pihak produksi tentang kemampuan Yayan dalam filem aksi.

https://www.youtube.com/watch?v=o9O7ygZmhRE

Antara watak ternama lain yang turut akan membintangi John Wick 3 adalah Halle Berry. Makin menarik watak-watak yang akan muncul dalam John Wick 3 ini. Tetapi peminat terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk menonton filem ketiga John Wick ini.