Pelakon Badrul Muhayat, atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Memetik laporan, berita itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri,” katanya ringkas dalam satu rakaman suara di WhatsApp.

Difahamkan Allahyarham tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Menurut isteri Allayarham, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru. Beliau memaklumkan kepada Harian Metro semasa membuat laporan di balai polis.

Sementara itu, pelakon Anne Abdullah yang mendapat berita pemergian Badrul melalui teman artis, Aida Aris yang berada di tempat kejadian.

“Saya difahamkan isteri arwah mengejutnya untuk bersiap-siap ke tapak karnival kerana berniaga di sana.

“Tapi, arwah tidak memberikan respon dan badannya juga didapati sejuk. Jadi, mereka memanggil ambulans dan Badrul disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Anne, keluarga Badrul sudah pun dimaklumkan mengenai pemergiannya dan meminta agar jenazah dibawa pulang ke Johor Bahru untuk dikebumikan.

Badrul meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Allahyarham turut meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allayarham.