Malaysia sudah menjadi salah satu negara wajib dikunjungi pula buat para pelancong apabila tiba di Asia Tenggara. Selain menjadi sebutan ramai di media sosial, ada individu yang beranggapan negara ini sebagai rumah kedua juga.

Terbaharu, pelakon veteran Hong Kong, Simon Yam berada di Sunway Pyramid pada 11 November lalu untuk acara promosi Gintel. Sewaktu promosi itu berlangsung, Simon banyak bercakap, terutamanya tentang bagaimana beliau melihat Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB @Brian Lee

Simon berkata beliau terbang ke Malaysia selepas pulang ke Hong Kong daripada penggambaran dan baginya, datang ke Malaysia adalah setara dengan pulang ke rumah.

Malah, Simon berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa membuatkan beliau merasa seperti di rumah.

“Datang ke Malaysia seperti pulang ke tanah air. Penduduk di sini (rakyat Malaysia) mesra, mereka sentiasa gembira dan akan menyapa anda di mana-mana sahaja”, katanya kepada 8TV News.

Dalam erti kata lain, Simon mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa tempat yang hebat. Bukan itu sahaja, makanan tempatan juga menjadi salah satu elemen mengapa beliau mencintai negara ini.

Beliau mendedahkan perkara pertama yang dilakukan ketika berada di Malaysia adalah menikmati makanan di sini.

“Pengalaman menjamu selera di sini adalah berbeza. Saya sudah makan Nasi Ayam Hainan, Kaya, dan Char Kuey Teow. Buah-buahan dan sayur-sayuran di sini juga segar!”, luahnya lagi dengan perasaan gembira.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama beliau datang ke Malaysia kerana pelakon veteran itu pernah berada di sini beberapa kali untuk tujuan promosi pada masa lalu.

Sumber