Sudah menjadi keperluan buat semua orang untuk mempunyai internet data sendiri. Malangnya, penawaran harga pelan internet masih dilihat sangat mahal dan membebankan buat para pengguna.

Berdasarkan kajian SurfShark’s 2022 Internet Value Index, rakyat Malaysia muncul antara yang membayar berlebihan untuk melanggan pelan internet bulanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Edge Markets

Mengikut indeks kajian ini, penduduk di negara yang mencatatkan skor Internet Values Index di atas purata global 0.0729 dianggap mempunyai harga internet yang berpatutan.

Secara keseluruhannnya, Malaysia menduduki tangga ke-48 dalam nilai internet dunia dengan skor 0.0479. Skor tersebut dilihat berada di bawah paras skor purata global sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia berhadapan dengan kos pelan internet yang membebankan.

Berdasarkan infografik di atas, Malaysia berada di tempat ke empat di belakang Vietnam yang mempunyai skor 0.0676. Sementara itu, hanya Singapura dan Thailand sahaja negara di Asia Tenggara yang mempunyai pelan internet yang berpatutan.

Perkara ini agak mengejutkan apabila negara jiran iaitu Singapura adalah kedua terbaik dunia di hadapan Denmark dalam nilai internet berpatutan buat rakyat mereka. Diharapkan dengan usaha kerajaan dalam menurunkan harga pelan internet mampu merubah kedudukan kita di dalam carta untuk 2023.