Pasukan penyelamat sukarela dari Malaysia dilaporkan menghadapi kesukaran untuk masuk ke wilayah Hat Yai dan Songkhla.
Ini kerana Thailand telah mengeluarkan amaran banjir tahap merah di selatan negara itu, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani, Leong Beng Tat, berkata keadaan kritikal di Hat Yai dan Songkhla berkemungkinan menyebabkan pasukan tentera Thailand tidak membenarkan mereka memasuki kawasan bencana.
“Kami menerima lebih 1,000 panggilan kecemasan pagi ini. Jika kami dihalang masuk, saya benar-benar bimbang nasib mereka.
“Kami juga akan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Thailand untuk membantu melancarkan kemasukan kami,” katanya beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia diminta tampil menghulurkan bantuan segera dengan menghantar pasukan penyelamat rasmi.
Memetik laporan itu lagi, dua lagi pasukan sukarela dari Malaysia kini dalam perjalanan ke kawasan bencana termasuk satu pasukan membawa bot penyelamat dan satu lagi membawa bekalan bantuan lain.
Beliau berharap tentera Thailand memberi laluan dan kerjasama supaya proses menyelamat dapat dilakukan segera
