Dalam satu video yang kini sudah tersebar luas di media sosial baru-baru ini, dua pelancong China yang hadir ke Malaysia telah mencetuskan kontroversi dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap masakan di negara ini.

Video itu memaparkan pelancong yang melabel makanan Malaysia sebagai “tidak begitu baik” sehingga mereka menerima kesan penurunan berat badan semasa berada di sana kerana makanan yang tidak memuaskan.

Baca Juga:

Pelancong lelaki dalam video itu turut menasihat pelancong yang mahu ke Malaysia untuk membawa mi segera sendiri, malah mengkritik mi segera yang ada di Malaysia kerana rasanya yang kurang enak.

Beliau berkata, “Bukan sahaja makanan di restoran tidak sedap, malah mee segera juga tidak sedap. Anda mungkin perlu membawa mee segera dari rumah yang menepati citarasa anda.”

Di sebalik kritikan mereka, dua pelancong ini tidak memberikan apa-apa cadangan khusus untuk penambahbaikan, ia sekadar meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kualiti makanan yang terdapat di Malaysia.

Video itu dengan pantas mencetuskan kemarahan netizen yang mengutuk tingkah laku pelancong itu sebagai tidak wajar dan tidak menghormati negara yang mereka lewati.