Seorang pelancong dari Itali memberi pandangan jujur mengenai Malaysia semasa lawatan beliau ke negara ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram @nomadspritz, beliau terkejut dengan betapa bersihnya negara ini selain berasa selamat dan terurus, terutamanya George Town dan Kuala Lumpur.

Baca Juga:

“Jika ini hanya ‘bandar kecil yang tidak diketahui’ di Malaysia, saya tidak tahu apa yang perlu saya beritahu anda,” katanya.

“Ini George Town. Pulau Pinang. Malaysia.”

Pelancong Ini Berkata Malaysia Lebih Bersih, Selamat Berbanding Negara Lain

“Infrastruktur di sini berfungsi. Orang ramai kelihatan gembira. Kehidupan berasa seimbang,” katanya.

Berbeza dengan dunia barat yang menurutnya tidak mengutamakan masyarakat dimana mereka lebih memberi keutamaan terhadap keuntungan.

Pelancong
Sumber Gambar: career advice

Menurut pelancong itu lagi, tinggal di Asia Tenggara telah mengubah perspektifnya. Walaupun perkhidmatan awam di Barat merosot, Malaysia berasa seimbang dan berfungsi.

Pelancong
Penang

Penang dan Kuala Lumpur sebelum ini telah dinamakan antara 10 bandar terbaik di Asia untuk warga asing atau ekspatriat pada tahun 2024.

Penang menduduki tempat ke-4 manakala Kuala Lumpur berada di tempat ke-6, menurut kajian oleh Preply, sebuah platform pembelajaran bahasa dalam talian.

Kajian tersebut menilai beberapa perkara penting termasuk kos sara hidup bulanan, tahap keselamatan bandar, dan purata tempoh masa untuk mempelajari bahasa tempatan dengan lancar.