Siapa sahaja yang tidak suka melancong? Akan tetapi, setiap kali kita melancong dalam atau pun luar negara, kita haruslah sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling.
Jika kita tidak berwaspada, pelbagai kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku dan antara kejadian yang sering terjadi kepada pelancong adalah dompet dan barang berharga hilang.
Baru-baru ini, pelancong dari Thailand iaitu Nina Spencer dan rakannya, Toi berjalan di sekitar kota London telah kehilangan dompet kerana menjadi mangsa penyeluk saku. Hal itu disedari oleh Toi dan mereka memeriksa semula rakaman video yang dirakam dan ternyata mereka ada rakaman aksi penyeluk saku tersebut ‘buat kerja’.
Dalam video ini dapat dilihat 3 gadis cantik mendekati Toi dan Nina dengan cara bersahaja. Segalanya juga berlaku dengan sangat pantas dan setiap gadis ini mempunyai tugasan khas masing-masing; seorang untuk melihat keadaan sekeliling, seorang lagi untuk mencuri dompet dan seorang lagi untuk menyimpan dompet berkenaan.
Kejadian tersebut menyebabkan Nina hilang dompet berisi wang tunai £400 (~RM2,000) dan beberapa kad kredit milik Toi telah lesap. Toi dan Nina telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut tetapi kebarangkalian untuk mendapat semula barangan mereka amatlah tipis.
Sekali lagi kita dapat lihat pelancong sering menjadi mangsa geng penyeluk saku profesional ini. Tidak kira anda berada di mana, anda haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga barangan anda dengan lebih baik.