Khairul Aming (KA) memang cukup terkenal di Malaysia, bagaimanapun nama beliau turut menjadi bualan mat saleh.

Baru-baru ini ketika influencer dari Malaysia terkejut apabila bertemu dengan penjualan makanan laut di London mengenali Khairul Aming.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video dikongsikan oleh @christhechindia, semasa berjalan di Borough Market beliau telah berhenti di sebuah kedai makanan laut, Bomba Paella untuk membeli makanan di situ.

Beliau bertanya kepada pekerja kedai itu dari mana dia berasal. Kemudian pekerja itu bertanya semula dari mana @christhechindia datang.

“Saya dari Malaysia, awak tahu di mana Malaysia?” tanya influencer itu.

Pekerja kedai itu menyatakan beliau tahu, dan kemudian datang seorang lagi pekerja menanyakan soalan yang tidak dijangka-jangkakan.

“Awak kenal Khairul Aming? Dia pernah datang sini membuat video,” kata mat saleh yang mempunyai vibe ala-ala Gordon Ramsay.

Menurut mat saleh itu lagi, beliau tahu nama ‘Khairul Aming’ sangat besar di Malaysia. Namun beliau pernah bertemu dengan orang Malaysia yang masih tidak mengenali pengasas Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi itu.

“Saya tahu Khairul Aming terkenal di Malaysia. Tapi saya pernah berjumpa orang Malaysia yang tidak mengenalinya. Mungkin mereka tinggal di kawasan yang berbeza,” kata mat saleh tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @christhechindian

Menurut netizen yang menonton video tersebut, orang London itu mengenali Khairul Aming kerana beliau pernah pergi Borough Market pada tahun lalu dan singgah di kedai berkenaan.

Beliau juga ada memuat naik Instagram Story mengenai kedai makanan laut itu.

Dalam pada itu orang ramai menyatakan oleh kerana sifat peramah KA bukan sekadar membuatkan orang Malaysia sendiri senang dengannya, bahkan kemesraannya itu membuatkan orang luar negara pun turut mampu mengingatinya.

“Mungkin selepas ini nama KA akan sebaris biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad setiap kali negara Malaysia disebut di hadapan orang luar negara,” ujar netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 1,200 komen daripada pengguna TikTok dalam tempoh kurang 24 jam.