Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya sudah ambil maklum dengan tandas berharga RM2 di KLCC. Kebanyakan kita sanggup naik ke tingkat atas atau berjalan jauh ke tandas yang berhampiran surau kerana di sana menyediakan perkhidmatan tandas yang percuma.
Di dalam satu hantaran TikTok yang tular dimuat naik oleh man_zang, sekumpulan pelancong Korea telah tampil mencuba tandas berharga RM2 tersebut bagi mengetahui lebih lanjut kenapa tandas tersebut dinamakan ‘tandas perdana’ dan kenapa harganya begitu mahal.
Baca Juga:
- Rakyat Malaysia ‘Koyak’, Pelancong China Kata Nasi Lemak Hidangan Yang Tak Sedap
- Masih ‘Complicated’ Dan Melecehkan, Pelancong Kesal Dengan Servis Di Pulau Kapas
- Pelancong Indonesia Dedahkan ‘Scam’ Servis Ambil Gambar Di Sekitar KLCC
@man_zang RM2 toilet Kalau Korang guna tandas ini juga 🧐#koreaninmalaysia
Perasaan ingin tahu mereka sebenarnya berbaloi selepas salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa kebersihan dan keselesaan tandas tersebut buat dia rasa mahu berehat di dalam tandas tersebut.
Salah seorang daripada mereka kemudiannya mendapati bahawa tandas tersebut menawarkan lebih daripada tisu biasa; mereka disediakan dengan tisu berkualiti tinggi berserta losyen tangan percuma.
Para pelancong Korea tersebut akhirnya berpuas hati dan menghargai persekitaran yang bersih serta berbau harum yang ditawarkan oleh tandas berharga RM2.