Netizen gesa DBKL segera cari peniaga tepi jalan yang biadap dengan pelancong kerana ianya boleh memberikan reputasi buruk kepada negara.
Dalam satu video yang dikongsi, pasangan pelancong tersebut terkejut tindakan peniaga tepi jalan yang biadap, tiba tiba melarang tunangnya mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut.
Tunangnya itu baru pertama kali datang ke Malaysia, dan menurutnya, insiden tidak menyenangkan itu boleh memberikan nama buruk untuk Malaysia.
Lelaki tersebut sangat kecewa dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga tersebut yang disyakinya mungkin berniaga secara haram di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang itu.
“Kawan, ada perkara gila berlaku hari ini, ada seorang lelaki berniaga tepi jalan telah bersikap biadap memarahi tunang saya, yang pertama kali datang ke Malaysia.
“Peniaga itu kemungkinan berniaga secara haram, telah bersikap biadap. Dan ini tidak bagus untuk imej Malaysia terutama sekali apabila perkara ini terjadi kepada orang seperti tunang saya yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur,” tegasnya.
“Dia memarahi pelancong lain dengan memaki mereka dengan kata kata kesat, dan menyuruh kami semua balik ke negara kami,” tambahnya lagi.
Tunangnya menjelaskan, dia cuma mengambil gambar di beberapa tempat yang menarik untuk kenang kenangan.
Namun malangnya dilarang oleh peniaga tersebut. Peniaga itu melakukan perkara sama kepada beberapa pelancong lain.
Harap DBKL siasat peniaga tepi jalan itu
Di ruangan komen netizen Malaysia mengesyaki peniaga tersebut adalah warga asing dan berharap DBKL segera mengambil tindakan dan menyiasat peniaga biadap itu.
“Warga asing ni, tengok muka pun dah tahu,” tulis seorang warganet.
Yang lain berkata: “Sebab dia berniaga secara haramlah dia melarang orang lain rakam video di situ.”
Seterusnya netizen lain berkata: “DBKL tolong ambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika seperti ini.”
Selain itu ada yang mempersoalkan, bagaimana peniaga itu boleh menawarkan perkhidmatan tindik telinga di tepi jalan begitu?
Pertengkaran mulut antara peniaga dan pelancong di Bukti Bintang…. pic.twitter.com/13QeeabkA8
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 9, 2025