Bercuti dengan beg sandang sudah menjadi satu budaya di kalangan anak muda. Mereka akan cuba mengembara ke negara-negara luar dengan kadar yang minimal dan tidak membebankan. Kerana yang penting bagi mereka bukanlah destinasi, tetapi pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan.
Bagaimanapun, percutian dengan gaya ‘backpackers’ ini kurang disenangi oleh sebahagian rakyat Malaysia kerana sebahagian daripada mereka mengambil sikap minimal dalam berbelanja sehingga terpaksa meminta sedekah. Situasi ini sering terjadi di Malaysia.
Baca Juga:
- SPRM Dapati Wujud ‘Orang Tengah’ Minta RM18,000 Untuk Selesai Isu Pelancong Asing Di KLIA
- Arab Saudi Buka Kota Al-Ula Untuk Pelancong, Kenapa Umat Islam Dilarang Berkunjung Ke Kawasan Ini?
Dalam satu hantaran yang tular beberapa hari ini, seorang pengguna maya dengan nama Munie Man telah memuat naik gambar individu dipercayai pelancong dari Rusia yang berdiri ditengah jalan sambil memegang kadbod, meminta simpati rakyat Malaysia untuk bersedekah kepada mereka bagi menampung percutian mereka.
“hai, kami dari Rusia, [sedang] mengembara seluruh dunia. Tiada duit. Tolong sokong percutian kami,” tulis dua warga Rusia di kadbod mereka yang diangkat di tengah-tengah jalan. Tidak pasti di mana kejadian ini berlaku, tetapi melalui hantaran terbabit difahamkan bahawa situasi ini terjadi di Sarawak.
Hantaran yang dimuatnaik oleh Munie pada 15 Jun lalu kini tular di kalangan netizen di Malaysia dengan kebanyakan mereka mengkritik dua individu terbabit. Kebanyakan netizen menyatakan rasa kurang senang dengan mereka kerana bercuti tanpa wang, lalu meminta sedekah kepada rakyat Malaysia.
“Tiada duit sibuk mahu travel, ada hati minta belas kasihan orang untuk bagi duit,” kata salah seorang netizen. “PDRM Sarawak sila ambil tindakan terhadap dua individu ini,” tulis salah seorang netizen.
Sebenarnya ini bukanlah perkara baharu yang terjadi di Malaysia. Jika anda berjalan di bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pelancong seperti ini ramai. Ada yang meminta sedekah dan ada juga yang menjual hasil kraf mereka bagi mencari duit tambahan.