Nasi kandar sudah menjadi juadah yang wajib dicari oleh pelancong kerana mahu menerokai kelainan dan citarasa tempatan.

Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi beberapa buah gambar memperlihatkan dua sosok pelancong yang dipercayai telah membuat pesanan nasi kandar di restoran terkenal di Pulau Pinang.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila melihat mereka membawa sekertas yang dipercayai berisi maklumat kombinasi komponen untuk menghasilkan nasi kandar yang paling sedap atau istilah kata lain “Surrr”.

Menerusi isi kandungan kertas itu, terpampang kombinasi lengkap untuk membuat pesanan merangkumi nasi kandar, kuah campur, peha ayam goreng,  sotong, bendi, telur sotong serta telur masin.

Selesai menerima pesanan, mereka kelihatan gembira melihat hasil juadah berkenaan sambil menunjukkan simbil jari “peace” seolah-olah satu kejayaan besar boleh merasai nasi kandar terpaling surrr di Malaysia.

Selain itu, kelihatan mereka sedia menerokai beberapa tempat makanan lokal menarik seperti rojak juga.

Oleh itu, pemilik ciapan berpendapat makanan Malaysia boleh jadi gastrodiplomasi negara kepada Malaysia.

Sementara komentar lain, warga tempatan teruja melihat bagaimana kesungguhan pelancong luar yang sanggup mengkaji terlebih dahulu tentang makanan tempatan dan menjangkakan harganya pasti mencecah paling kurang RM50.