Digelar sebagai Negeri Di Bawah Bayu, Sabah adalah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang sememangnya kaya dengan alam semulajadi dan juga memiliki daya tarikannya tersendiri.

Namun, tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang pelancong dari negara China yang tidak berpuas hati dengan penduduk setempat di Semporna kerana halangan berkomunikasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wanita itu meluahkan kekecewaan tersebut selepas menyangka negara Malaysia adalah negara yang mesra dengan pelancong China kerana boleh berbahasa Mandarin seperti yang didakwa oleh influencer dari sana.

Namun, jangkaan dia meleset kerana mendapati hanya sejumlah kecil warga tempatan sahaja yang boleh berbahasa Mandarin.

Malah, wanita itu mengalami kesukaran dalam mencari restoran makanan laut untuk mendapatkan juadah yang bagus. Disebabkan halangan bahasa, dia terpaksa menggunakan aplikasi penterjemah bahasa namun masih sukar untuk berkomunikasi yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati.

Seorang netizen yang memahami bahasa Mandarin turut mendedahkan wanita itu turut memperlekeh makanan tempatan kerana didakwa tidak sedap dan bland.

Difahamkan negara Malaysia sedang menjadi bualan hangat di negara China kerana didakwa mesra dengan bahasa Mandarin sekaligus tidak perlu menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

Video yang tular itu sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan warganet tempatan yang mana meminta wanita itu untuk mempelajari bahasa Inggeris asas untuk tujuan berkomunikasi di negara yang dikunjungi.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman buruk menghadapi pelancong dari China yang banyak ragam sekaligus menyukarkan urusan pada ketika itu.