Tular satu klip video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelancong China membuang air besar di tengah-tengah jalan laluan kawasan homestay di Kea Farm, Cameron Highland.
Lebih menjijikkan lagi apabila wanita terbabit meninggalkan najisnya di atas jalan begitu sahaja sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.
Baca Juga:
- Sering Kencing Dalam Sinki Dan Berak Berterabur, Lelaki Ini Terpaksa Halau ‘Housemate’ Pengotor
- Rakyat Malaysia ‘Koyak’, Pelancong China Kata Nasi Lemak Hidangan Yang Tak Sedap
- Durian Punya Pasal, Pelancong China Didenda RM1,700 Oleh Pihak Hotel
Video berdurasi satu minit itu dikongsikan melalui laman Facebook Info Cameron Highlands Group telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China yang membuang air besar di pekarangan sebuah ‘homestay’ di Kea Farm di sini baru-baru ini mengundang kemarahan penduduk tempatan. pic.twitter.com/0NVBQcZ7KV
— @ (@anthraxxx781) January 2, 2024
Ramai yang menyelar perbuatan tidak sivik dan pengotor wanita itu.
Menerusi satu perkongsian pengguna X.com, difahamkan ada segelintir pelancong dari China yang kurang senang dengan jenis tandas digunakan di Malaysia ini.
Mereka tidak biasa menggunakan tandas yang menggunakan air, ditambah pula permukaan tandas yang basah membuatkan mereka kurang selesa.
Pernah borak tnya pelancong dari China kenapa diorang ada jenis berak merata mcm tu diorang cakap sbb tandas kita guna air dan lantai basah merata buat diorang tak selesa nak guna tandas 🤣 tak faham la padahal cina malaysia kita okay je tak ada perangai pelik mcm diorang 🤣
— TTC 🏴🇲🇾 (@tonnychua9988) January 2, 2024
padahal longkang tepi tu je.. kalau dah terdesak sangat ler.. nak juga tengah jalan..
— FiraGujiwa🇲🇾🇲🇾 (@gujiwa) January 2, 2024
Dalam pada itu orang ramai berasa hairan, mengapa wanita itu tidak pergi ke kawasan yang tertutup jika dia betul-betul sudah boleh tahan sangat untuk membuang air besar.
“Sepatutnya sebagai manusia normal, si pelaku patutlah berasa malu, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang wanita,” kata netizen.
Pada masa sama orang ramai juga terkejut serta timbul tanda tanya bagaimana bagaimana rakannya rela cover line dan melihat wanita itu membuang air besar.