Seorang pengguna TikTok dedahkan pelancong wanita muslim yang bertudung dilayan secara rasis di Korea Selatan.
Dia dan kakaknya dilayan sangat baik di Korea kerana mereka tidak bertudung dan dianggap bukan pelancong muslim. Berbanding pelancong wanita muslim yang bertudung dilayan dengan teruk.
Berikut adalah kenyataan penuh wanita tersebut tentang pengalaman ngeri dia dan rakan rakannya sebagai pelancong wanita muslim yang berkunjung ke Korea Selatan.
‘Get Lost’ – Wanita Terkejut Ini Layanan Sebenar Segelintir Orang Korea Kepada Pelancong Muslim
Korea Selatan rasis!
Dia berkata: “Hanya empat hari di Korea dan saya sudah pulang. Sedikit konteks untuk video yang baru saya muat naik. Kami dalam perjalanan ke Busan.
“Kira-kira pukul 6.30, 7 pagi. Kami sedang beratur dan salah seorang gadis yang bersama saya ditolak bahunya dengan kuat sehingga dia terdorong ke dada saya. Saya terkejut, dan lelaki ini hanya berjalan melepasi dan menolak bahunya.
“Kemudian dia terus pergi ke barisan seterusnya dan dia hanya memandang tajam penuh kebencian [death staring] ke arah kami Bagaimanapun, kami sedang melakukan urusan kami dan sebagainya.
“Kami cuba mencari tiket untuk pergi ke Busan. Perjalanan kereta api kira-kira empat jam. Dan kami terus dipandang tajam dengan penuh kebencian sepanjang masa. Kami tertanya-tanya, apa masalah lelaki ini?
“Bagaimanapun, orang lain di negara itu sangat baik kepada saya dan kakak saya kerana kami tidak bertudung.
“Namun, gadis-gadis bertudung tidak dilayan sama seperti kami sama sekali.
“Di beberapa kedai, mereka sebenarnya dihalau keluar. Jadi mereka akan masuk ke kedai dan orang akan berkata, pergi, keluar! Dan mereka akan menghalau mereka yang betudung ini keluar.
“Dan mereka dihamburkan dengan komen-komen, ucapan-ucapan yang sangat rasis.
“Mereka juga pro-Isra*l. Kami berada di dalam Uber dan pemandu Uber akan memaparkan, menterjemahkan perkara-perkara tentang Islam dan Muslim dengan tidak tepat, dan cuba membuktikan betapa salahnya kami [orang Islam] dan betapa mereka betul.
“Ianya adalah negara yang majoritinya Kristian. Dan kami cuba mengatakan bahawa kami juga percaya kepada Jesus. Dan mereka benar benar sangat rasis terhadap kami.
“Ia mengerikan. Lebih-lebih lagi kepada gadis-gadis bertudung berbanding kami yang tak bertudung. Kerana jelas mereka tidak dapat tahu siapa kami.
“Bagaimanapun, di stesen kereta api, lelaki ini tidak berhenti memandang tajam ke arah kami. Dan kemudian pada akhirnya, dia mendapat tiketnya.
“Sebaik sahaja dia mendapat tiketnya, apa yang perlu dia lakukan hanyalah belok kanan dan menuju ke tempat kereta api berada.
“Sebaliknya, dia datang tepat ke muka kami dan mula menyerang dan memaki kami secara lisan. Kami tidak faham. Dia bercakap dalam bahasa Korea dan kami membalas dalam bahasa Inggeris.
“Dan dia terus menyerang dan memaki kami secara lisan. Jelas sekali, kami tidak tahu apa yang dia katakan. Dan kemudian kami datang sangat dekat.
“Jadi kami pergi kepada wanita itu dan berkata, bolehkah kamu membantu kami? Bolehkah kamu tolong panggil pegawai keselamatan?
“Wanita tempatan itu nampak sendiri apa yang lelaki itu buat ke atas kami. Dan selepas sekian lama lelaki menyerang kami, maka tadi pun memanggil pegawai keselamatan.
“Pegawai keselamatan datang dan mereka tidak melakukan apa-apa, seperti yang anda lihat dalam video.
“Mereka hanya mengalihkannya sedikit. Dan kemudian dia terus kembali kepada kami. Dan kemudian sehingga dia datang untuk benar-benar mengganggu kami secara fizikal dan dia cuba memukul dua gadis tadi.
“Sekarang, kamu harus faham ada enam wanita dalam perjalanan ini. Dan kami telah disasarkan. Setiap kali kami berada dalam kumpulan, kami akan sangat kecewa.
“Kami berasa sangat tidak dilayan selayaknya. Saya, tanpa ragu-ragu, tidak akan pernah mengesyorkan Korea kepada anda semua. Saya tidak akan pernah kembali ke Korea lagi.
“Saya benci negara itu. Dan orang-orangnya sangat kasar, sangat rasis. Saya tertanya-tanya bagaimana pengalaman saya jika saya tidak bersama seseorang [pelancong wanita muslim] yang bertudung?
Pelancong wanita muslim jadi mangsa rasisme di Korea
“Dan bukan itu sahaja, saya tidak tahu sama ada ia menjadi lebih buruk selepas 7 Oktober atau 8 Oktober, tak kiralah tarikh apa. Tetapi, ya Tuhan. Ya Tuhan, ia sungguh pengalaman yang dahsyat.
“Jadi bagi orang yang mengulas video ini mengatakan mesti ada cerita lain di sebaliknya. Tidak, tidak ada lebih daripada hakikat bahawa kami enam gadis muda [berdepan layanan rasis].
“Apa agaknya yang kami telah lakukan kepada lelaki yang lebih tua ini?
“Majoriti generasi tua yang menyerang kami. Malah wanita menghalau kami keluar dari kedai mereka apabila kami berada dalam kumpulan.
“Orang memberi kami pandangan jijik, lelaki tua menjerit kepada kami ketika kami berjalan melepasi dalam kumpulan.
“Dan apa sebenarnya kesalahan yang kami mungkin dah buat? Jadi sesiapa yang mengatakan cerita lain di belakang dan bla bla bla, anda tidak memerlukan cerita sebaliknya.
“Kami benar-benar berada dalam barisan dan kami telah diserang. Kami berada di kedai dan diserang.
“Mereka tidak gembira ada empat wanita bertudung berdiri di sana atau di mana-mana dan mereka akan melihat kami dan ya, mereka hanya rasis dan itu sahaja.
“Cerita di sebaliknya adalah orang Korea sangat rasis dan saya tidak mengesyorkan anda datang ke sini. Jika anda nak pergi, anda pergi dengan seorang lelaki dan jika anda terdesak, seperti untuk rawatan penjagaan kulit.
“Serius, Korea terlalu dibesar-besarkan [overataed]. TikTok melebih-lebihkan segalanya. Apa-apa sahajalah. Tetapi bagaimanapun, anda faham maksud saya.”
@skinnedolives I’m still going to show you my vlogs tho 🥲😂 #seoul #muslim #korean #korea #travel #badexperience #racism #hijabi #muslimtraveler #hijabitraveller #hijab
Ini bukan pertama kali Korea Selatan dianggap negara rasis terutama sekali golongan yang sudah berusia.
Sudah banyak perkongsian daripada rakyat negara lain termasuk China, Jepun, negara Afrika dan negara negara Asia Tenggara berdepan dengan masalah rasisme di Korea Selatan.