Akhirnya kita sudah menyambut Aidilfitri dan pastinya anda sudah menggayakan baju baharu sepanjang sambutan perayaan ini.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna laman X, @aizuddinmanap telah berkongsi dalam ciapannya bahawa baju kurta jenama Khatam miliknya telah terkoyak pada bahagian poket.
Baca Juga:
- Didakwa Warna ‘Hot’ Baju Raya 2024, Netizen Pelik Tak Ramai Orang Pakai ‘Brick Orange’
- ‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate
- Baju Raya Di Malaysia Mahal, Ramai Netizen Beralih Beli Dari Indonesia?
kurta Khatam ni baru sarung pakai, saja check poket dah berlubang. boleh ke exchange? pic.twitter.com/h8tEhAy6lW
— aizuddin manap (@aizuddinmanap) April 11, 2024
Menurutnya, dia hanya menyedari koyakan kecil itu selepas memakainya. Oleh itu, dia tertanya-tanya sama ada boleh membuat pertukaran atau tidak.
Susulan itu, pihak Khatam telah memberikan respon bahawa dimana pelanggan boleh ke mana-mana cawangan butik Khatam menukar pakaian tersebut kepada pakaian yang baru.
Kalau sudah dipakai dan tag dah dibuang, boleh hantar ke butik kami dan in-house tailor akan repairkan dalam masa 4-5 hari bekerja. Kami ada lifetime warranty untuk repair loose stitching macam ini.
— KHATAM (@khatamkl) April 11, 2024
Jika pakaian yang rosak itu telah dipakai dan tag juga telah dibuang, pelanggan boleh hantar baju tersebut ke butik mereka untuk dibaiki. Tukang jahit butik Khatam akan membaikinya semula dalam masa 4 atau 5 hari bekerja.
Difahamkan, jenama Khatam memang menawarkan lifetime warranty kepada para pelanggan mereka untuk membaiki jahitan yang terbuka atau longgar seperti baju individu tersebut.
Bukan itu sahaja, pihak Khatam telah meminta maaf kepada pelanggan itu atas permasalahan yang dihadapinya. Respon yang diberikan oleh pihak Khatam telah meraih perhatian orang ramai.
1. They acknowledged the complaint
2. They apologised
3. They took action to make things right again💯 Professionally handled. 👍 https://t.co/zpHaaYykOV
— Jœ 🦷🪥🇲🇾 (@iamdrjoe) April 11, 2024
Bro….. that’s how u do business. They’re really trust their workmanship. I love Khatam https://t.co/4Cq4re7Xgj
— Keywai (@keywai_) April 11, 2024
Kalau macam ni, memang beli KHATAM je lah lepas ni. Berbaloi harga seiring servis. 🙌🏻 https://t.co/iAIYgAXo4e
— Mei & Mok 🍉 (@prettylupins) April 11, 2024
Rata-rata netizen memuji pihak Khatam atas layanan baik perkhidmatan pelanggan yang diberikan dan juga mahu memuji jenama Khatam pada masa hadapan.