Akhirnya kita sudah menyambut Aidilfitri dan pastinya anda sudah menggayakan baju baharu sepanjang sambutan perayaan ini.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna laman X, @aizuddinmanap telah berkongsi dalam ciapannya bahawa baju kurta jenama Khatam miliknya telah terkoyak pada bahagian poket.

Baca Juga:

Menurutnya, dia hanya menyedari koyakan kecil itu selepas memakainya. Oleh itu, dia tertanya-tanya sama ada boleh membuat pertukaran atau tidak.

Susulan itu, pihak Khatam telah memberikan respon bahawa dimana pelanggan boleh ke mana-mana cawangan butik Khatam menukar pakaian tersebut kepada pakaian yang baru.

Jika pakaian yang rosak itu telah dipakai dan tag juga telah dibuang, pelanggan boleh hantar baju tersebut ke butik mereka untuk dibaiki. Tukang jahit butik Khatam akan membaikinya semula dalam masa 4 atau 5 hari bekerja.

Difahamkan, jenama Khatam memang menawarkan lifetime warranty kepada para pelanggan mereka untuk membaiki jahitan yang terbuka atau longgar seperti baju individu tersebut.

Bukan itu sahaja, pihak Khatam telah meminta maaf kepada pelanggan itu atas permasalahan yang dihadapinya. Respon yang diberikan oleh pihak Khatam telah meraih perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen memuji pihak Khatam atas layanan baik perkhidmatan pelanggan yang diberikan dan juga mahu memuji jenama Khatam pada masa hadapan.