Michelle Yeoh yang berasal dari Malaysia ini sudah berjaya membintangi sejumlah filem terkemuka sehingga mengharumkan nama negara di peringkat global. Malah, beliau menjadi pelakon wanita pertama di Asia yang memenangi anugerah Oscar.

Terbaharu, Michelle Yeoh dikecam teruk oleh netizen selepas memuat naik satu hantaran mengumumkan beliau kini telah menjadi duta bagi satu jenama terkenal antarabangsa iaitu Balenciaga.

Baca Juga:

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi Instagram rasminya pada 9 November lalu.

“Saya teruja menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka”, tulisnya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Sifatkan fesyen adalah satu bentuk seni

Dalam satu hantaran lain yang dimuat naik, Michelle menyatakan fesyen adalah salah satu bentuk seni dan ia bukan sekadar pakaian.

“Fesyen adalah satu bentuk seni. Ia tidak hanya mengenai pakaian, tetapi ekspresi diri. Bagaimana anda rasa ketika memakainya dan nilai yang anda letakkan ketika memakainya.

“Ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan kerja saya,” katanya lagi.

Perkongsiannya itu bagaimanapun, telah mengundang rasa kurang senang orang ramai kerana merasakan aktres Crazy Rich Asian itu seperti tidak sensitif dengan konflik yang melanda jenama terbabit.

Terpalit dengan skandal mengeksploitasi kanak-kanak dalam iklan kempen

michelle yeoh
Sumber Gambar: The Cut

Difahamkan pada tahun lalu jenama terbabit didakwa melakukan kempen yang dipercayai mempunyai seksual kanak-kanak. Dalam foto promosi tersebut, dua anak perempuan bergambar sambil memegang patung beruang memakai tali yang sinonim dengan BDSM iaitu berkait dengan aktiviti seks ganas.

Bukan hanya itu, ada yang mendakwa jenama terbabit juga adalah pro-Israel. Namun kami tidak menemukan apa-apa artikel yang mengaitkan Balenciaga dengan Israel kecuali kes melibatkan penyanyi rap, Kanye West yang dipecat kerana mengeluarkan kenyataan berbaur antisemitik pada hujung 2022.

Peminat beri sokongan dan sayangkan Michelle sahaja

Malah, ada yang mengatakan, mereka menyokong dan sayangkan pelakon tersebut namun bukan sebagai duta kepada jenama terbabit.

“Saya sayangkan awak sebagai pelakon dan ikon fesyen Michelle, tetapi saya tidak teruja awak menjadi duta Balenciaga,” ujar seorang peminat di ruangan komen.

“Menyokong jenama yang mengeksploitasi kanak-kanak adalah salah,” tulis seorang pengguna lain.

“Michelle saya sayangkan awak tetapi bukan Balenciaga!”, tegas seorang peminatnya lagi.

“ini adalah satu pilihan, tetapi bukan yang terbaik”, luah seorang peminat seperti kecewa dengan pilihan menjadi duta jenama terbabit.

Ramai yang berharap agar beliau menukar fikiran dalam berkerjasama dengan jenama terkemuka itu. Selain itu, beliau juga sempat mempromosikan satu siri Netflix yang dibintanginya di mana bakal disiarkan pada tahun hadapan.