Atlet remaja kebangsaan, Izzati Musfirah Ahmad Kamal Aazira, bukan sahaja cemerlang di lapangan olahraga, malah di arena akademik pun sama.

Pelari wanita asal Terengganu itu berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan semua ‘A’ atau ‘straight A’ dalam semua mata pelajaran SPM yang diambilnya.

Izzatul menuntut di SMK Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu.

Menurut laporan oleh wartawan Astro Arena, Izzatul kini mengintai peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Izzatul Musfirah mulai menarik perhatian media apabila beliau berjaya memecahkan rekod dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Perlis Bawah 18 Tahun (B-18) – pada tahun lalu – menurut laporan BH Online.

Beliau turut berjaya membawa pulang Trofi Olahragawati MSSM 2025 serta dinobat sebagai peserta wanita terbaik untuk B-18, meskipun ketikat itu Musfirah masih berusia 17 tahun.

Prestasi cemerlangnya di arena balapan membuatkan Izzatul Musfirah menjadi nama yang semakin diberikan perhatian kerana masa depannya yang cerah.

Namun Izzatul Musfirah tidak pernah mengambil mudah soal akademiknya. Buktinya, beliau berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM.