Netizen Indonesia berbelah bagi melihat video terbaru pelarian Rohingya yang tidak berpuas hati kerana nasi diberikan mereka dianggap terlalu sedikit ketika berada di kem penempatan pelarian itu.

Aceh sekali lagi menjadi tempat mendarat oleh pelarian Rohingya yang berlayar menggunakan bot sejak beberapa minggu lalu. Di mana dilaporkan gelombang kali ini melibatkan lebih 1,000 pelarian Rohingya tiba di Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, untuk kumpulan pelarian kali ini, mereka tiba di kawasan pantai Kuala Pawon di Bireuen pada Khamis (16/11/2023).

Laporan sama menyebut ada beberapa ratus lagi pelarian Rohingya tiba di Sabang.

Gelombang penolakan daripada penduduk tidak dapat dielakkan di Bireuen dan Sabang, serta beberapa kawasan lain di Aceh. Mereka mengakui sudah 3 minggu berada di atas bot untuk sampai ke Aceh dan merayu agar rakyat Indonesia menerima mereka.

Kerana mereka turut membawa kanak kanak dan wanita bersama mereka.

Namun kini semakin ramai rakyat Indonesia mulai kurang senang dengan kehadiran mereka. Penduduk tempatan di Aceh mulai merungut tentang perihal tindakan dan tingkah laku buruk pelarian Rohingya yang dianggap tidak senonoh.

Malah ada yang mulai menghalau pelarian ini daripada mendarat di kampung mereka.

Mereka juga memberikan amaran bahawa jangan sampai etnik Rohingya naik kepala seperti di Malaysia.

Di dalam video itu seorang rakyat Aceh berkata: “Kami tidak mahu menerima pelarian Rohinghya kerana kelakuan mereka dan tidak bertatatusila. Kami tidak mahu ada kejadian buruk menimpa kami di masa hadapan.”

Rakyat di Aceh sebelum ini pernah mendedahkan bahawa bangsa Rohingya yang bertandang ke tempat mereka sebagai pengotor.

Sementara itu, tular video baru-baru ini menunjukkan beberapa pelarian Rohingya mengadu kerana tidak berpuas hati dengan portion makanan yang diberikan.

Niat seorang wartawan membuat liputan kemanusiaan itu telah disambut dengan rasa berbelah bagi netizen Indonesia. Ianya gara gara beberapa pelarian Rohingya itu memberi isyarat bahawa dia tidak kenyang sambil memegang perutnya.

Dia menunjukkan isyarat nasi diberikan tidak cukup.

Ianya mengundang kemarahan netizen Indonesia. Seorang berkata: “Perkara pertama yang kamu harus lakukan adalah menunjukkan rasa syukur, namun kamu memilih untuk merungut dengan makanan yang diberikan kepada kamu.”

Seorang lagi berkata, portion makanan yang diberikan kepada pelarian Rohingya jauh lebih banyak daripada apa yang dia beli dengan duit sendiri di kedai makan.

Ramai lagi yang kurang senang dengan cara mereka yang dianggap tidak berterima kasih selepas melihat pelarian Rohingya itu merungut tentang saiz hidangan nasi diberikan kepadanya.

Netizen yang lain menyebut: “Mereka ini memang makan dalam jumlah yang banyak. Cukup untuk 4 orang kita di sini [Indonesia].”

Rakyat Indonesia mendesak kerajaan agar lebih tegas dalam dasar mereka ke atas etnik Rohingya. Kerana menurut mereka, keadaan rakyat sendiri yang harus diutamakan.

Komen daripada netizen Indonesia mendapat perhatian UNHCR yang menunjukkan fakta tentang pelarian Rohingnya, sebab apa mereka meninggalkan Myanmar.

Ianya kerana mereka ditindas di negara itu. Namun netizen Indonesia rata rata tidak menerimanya. Kerana menurut mereka, rakyat Indonesia itu sendiri yang harus diutamakan.

Kemudian seorang lagi berkongsi satu wawancara dengan warga Rohingnya yang baru tiba di Indonesia. Di mana lelaki itu mejelaskan dia tiba di Indonesia bukan kerana terdampar, namun memang mereka merancang untuk datang ke Indonesia dengan bantuan orang tengah.