Pelepasan cukai di Malaysia membawa manfaat yang besar kepada rakyat kerana ia mampu mengurangkan beban kewangan secara langsung dan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) individu.

Melalui insentif ini, kerajaan secara strategik menggalakkan tabiat positif seperti menabung untuk pendidikan anak-anak melalui SSPN, menjaga kesihatan, serta melabur dalam perlindungan insurans dan gaya hidup digital dengan memberikan pengecualian bayaran.

Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads apabila para pencinta kucing menyuarakan harapan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar insentif pelepasan cukai turut diperluas bagi merangkumi kos penjagaan haiwan peliharaan.

 

View on Threads

 

Rata-rata pemilik haiwan peliharaan bersetuju kos menjaga haiwan peliharaan bukan sekadar pada makanan, tetapi pada komitmen kesihatan seperti vaksin, ubat-ubatan, dan rawatan kecemasan di klinik veterinar yang kadangkala mencecah ribuan ringgit.

Beban kewangannya tak tumpah seperti menyara anak sendiri. Hakikatnya, haiwan ini sudah menjadi ahli keluarga dan terapi utama untuk kesejahteraan mental.

Mereka turut berharap luahan serta cadangan daripada komuniti pencinta haiwan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam belanjawan akan datang.