Golongan muda pada masa kini lebih mengutamakan gaya daripada keperluan sehingga dibebani hutang keliling pinggang. Bayangkan kalau mereka memenangi wang ratusan ribu ringgit sudah pasti bakal berfoya-foya bagai tiada hari esok?
Namun tidak bagi seorang pemain Mobile Legends yang mana mendedahkan lebih berminat menyimpan wang hadiah yang dimenangi menerusi pertandingan bertaraf antarabangsa baru-baru ini.
Untuk makluman, pasukan Selangor Red Giants dari Malaysia berjaya muncul juara kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB) 2024 serta membawa pulang hadiah wang tunai USD1 juta (RM4,670,000).
Kemudian, hadiah tersebut bakal dibahagikan kepada para pemain serta coach dan ahli yang mana akan memberi anggaran kasar sekitar RM300,000 bagi setiap satu padanya.
Melalui video temu ramah yang dikongsikan sebelum masuk ke final, pemain yang dikenali sebagai Sekys yang baru berusia 17 tahun berkata yang dia mahu menyimpan di Amanah Saham Berhad kerana ingin jadikan sebagai pelaburan.
“Saya rasa saya mahu simpan (saving) dulu sebab masih muda lagi,” jawabnya.
Soal membeli kereta atau rumah pula, dia memilih untuk berbuat sedemikian di masa depan. Buat masa ini, dia lebih selesa untuk menyimpan terlebih dahulu berbanding membelanjakan wang seperti anak muda lain.
Menariknya, dia mahu menyimpan di Amanah Saham Berhad kerana dianggap sebagai pelaburan. Kita pun sedia maklum dengan membuat pelaburan di ASB bakal memberi pulangan dividen yang lumayan pada saban tahun lebih-lebih lagi dengan simpanan jumlah yang besar.
Sekys umur 17 tahun dalam tangan dah dapat 500k $USD (RM2.3m) & berpeluang menang 1 Million $USD (RM4.6m) kalau juara malam ni dengan team SRG
Tengok video ni dia jawab nak guna duit tu untuk apa
Bukan untuk beli kereta atau barang lain
Respect mindset anak muda ni 🫡 pic.twitter.com/T1wKZ27jhF— Naz KL Property Consultant (@nazirullahjufri) July 14, 2024
Jawapan anak muda itu ternyata cukup mengejutkan si penemu bual dan juga warga netizan yang mana rata-ratanya sangat memuji akan betapa cakna pemain berkenaan dalam perihal pengurusan kewangan walaupun baru belasan tahun.
Orang ramai turut meminta anak muda lain untuk mencontohi sikap pemain MLBB ini yang lebih mementingkan simpanan untuk masa depan berbanding berbelanja pada barangan mewah lalu menyesal di kemudian hari.