Pasukan Is*el dilaporkan bengang dengan tindakan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang dianggap ‘taunting’  dan menghina mereka.

Menurut pemain pemain Is*ael, Donnarumma telah bertindak mengguris hati mereka ketika aksi thriller 9 gol antara Itali dan Is*ael.

Itali menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk memenangi perlawanan 4-5 dan menghidupkan kembali peluang mereka mara ke Piala Dunia 2026.

Donnarumma didakwa telah mencetuskan ketegangan selepas wisel penamat. Dan membuatkan beberapa pemain bertindak untuk meleraikan keadaan daripada berlaku insiden lebih buruk.

Kem Isr*el kemudian mengadu kepada media mereka tentang perkara itu. Mereka menuduh Itali sebagai tiada semangat kesukanan.

Selepas wisel penamat, emosi memuncak dan insiden hampir bertukar menjadi pergaduhan besar, apabila pemain kedua dua pasukan saling bertukar kata-kata kesat dan mulai melakukan serangan fizikal.

Donnarumma menjadi watak paling menonjol. Dengan dia kelihatan sangat bengang dan terganggu.

Satu versi kejadian datang daripada pemain Isr*el sendiri, yang mendakwa kepada media negara mereka bahawa mereka telah “diprovokasi” oleh skuad Azzurri sepanjang perlawanan.

Menurut pemain pasukan kebangsaan Isr*el, Itali menunjukkan tingkah laku biadap yang luar biasa sepanjang aksi kelayakan Piala Dunia itu.

Beberapa pemain Ben Shimon, yang tidak mahu didedahkan namanya, berkata kepada tabloid negara mereka: “Mereka menghina kami sepanjang perlawanan.”

Isr*el tuduh pemain Itali hina mereka diketuai Donnarumma

Menurut versi tersebut, ketegangan tercetus apabila Donnarumma mengejek pemain Isra*l.

Dalam rakaman kamera, penjaga gol Itali itu dilihat dalam keadaan yang jarang disaksikan. Dia kelihatan sangat beremosi, berdepan dengan seseorang dari bangku simpanan lawan.

Dan memerlukan campur tangan rakan sepasukan untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Menurut laporan media Isra*l lagi, Donnarumma ketika itu bertekak dengan Tai Baribo dan Sagiv Yehezkel.

Gattuso turut campur tangan

Dalam suasana kecoh itu, jurulatih Itali, Gennaro Gattuso, juga dilihat masuk campur untuk meredakan keadaan.

Beliau menghalau beberapa pemain I*rael yang terlalu beremosi, sambil memberi isyarat kepada lawan supaya diam, termasuk juga kepada para penterjemah yang berada di situ.

Malah ketika meleraikan keadaan, Gattuso pula hampir terlibat pergaduhan, mujur dia dapat mengawal dirinya. Bukan versinya sebagai pemain yang lalu.

Kapten Is*ael, Eli Dasa berkata: “Sesiapa yang berada di sini dapat lihat Itali dalam kesulitan, seolah-olah mereka bermain menentang pasukan terbaik dunia.

“Bangku simpanan mereka jadi kecoh, dan itu sudah cukup menggambarkan keadaan.

“Berlaku pertengkaran, mereka terlalu emosional. Mereka rasa mereka tak mampu terlibat dalam permainan dan merasakan kami adalah pasukan paling layak menang.

“Jadi mereka cuba provokasi kami sedikit. Tapi itu lumrah bola sepak, dan kami teruskan sahaja.”