Hari kedua kejohanan badminton Terbuka Perancis 2026 pusingan 32 menyaksikan sembilan pemain pilihan terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat saingan berstatus Super 750 tersebut.
Sekali lagi daripada senarai tersebut, tiada pemain pilihan dari Malaysia yang tersingkir awal daripada persaingan.
Lebih Ramai Pemain Pilihan Tersingkir
Selepas pemain nombor satu dunia, Kunlavut Vitidsarn kecundang pada aksi hari pertama, Anders Antonsen turut mengalami nasib yang sama semalam.
Pemain ranking kedua dunia dan finalis Terbuka Denmark itu tewas kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dengan keputusan 18-21, 19-21.
Pemain perseorangan lelaki Kanada yang berada di pilihan kelapan, Victor Lai pula tunduk kepada pemain China, Hu Zhe An 9-21 17-21.
Kejutan turut dapat disaksikan dalam beregu lelaki apabila pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang tunduk di tangan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh 16-21, 15-21.
Juara Terbuka Denmark 2026 dan pilihan ketiga, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pula ditunjukkan jalan keluar oleh satu lagi gandingan Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin 24-26, 13-21.
Manakala pilihan ketujuh, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani terpaksa akur dengan kehebatan ‘junior’ mereka iaitu Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 18-21, 17-21
Acara wanita juga tidak kurang menariknya dengan kekalahan pilihan keempat, Ratchanok Intanon dari Thailand kepada pemain Korea Selatan, Sim Yu Jin 15-21, 18-21.
Manakala pilihan keempat beregu wanita, Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yundari Chinese Taipei tewas kepada naib juara Terbuka Denmark, Hinata Suzuki-Nao Yamakita 21-14, 21-23, 14-21.
Bao Li Jing-Cao Zi Han dari China yang diletakkan sebagai pilihan keenam tumbang kepada pasangan Jepun, Sayaka Hirota-Ayako Sakuramoto 21-17, 21-23, 19-23.
Yang terakhir pasangan beregu campuran pilihan kelima dari Thailand Dechapol Puavananukroh-Supissara Paewsampran kalah kepada gandingan Chinese Taipei, Liu Kuang Heng-Hsu Yin-Hui 13-21, 24-22, 20-22