Lima pemain pilihan mengalami kejutan tersingkir awal dalam kejohanan badminton Terbuka Perancis 2026 di Glaz Arena, Cesson-Sevigne semalam.
Berita baiknya kerana ia tidak melibatkan barisan pemain Malaysia dimana Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selaku pilihan keenam kejohanan menepati ramalan mara ke pusingan 16.
Pemain Pilihan Tersingkir Awal Terbuka Perancis 2026
Pemain perseorangan nombor satu dunia, Kunlavut Vitidsarn terpaksa menelan hakikat tersingkir awal daripada persaingan berstatus Super 750 itu.
Hal ini kerana jaguh dari Thailand itu telah ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Perancis, Toma Junior Popov 21-9, 14-21, 15-21.
Tidak cukup dengan itu, Junior Popov yang bergandingan bersama adiknya, Christo Popov beraksi cemerlang untuk menundukkan pilihan kelima sektor beregu lelaki yang merupakan bekas pasangan nombor satu dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
Gandingan adik beradik dari Perancis itu menang 19-21, 21-18, 13-21 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16.
Dalam satu lagi perkembangan mengenai bekas pemain ranking pertama dunia menyaksikan Jonatan Christie gagal menggunakan kelebihan memenangi set pertama.
Berdepan rakan senegara Moh. Zaki Ubaidillah, Christia tewas 21-16, 17-21, 17-21 untuk satu lagi kempen hambar buatnya.
Bagi acara beregu wanita, pilihan ketujuh Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari kalah kepada Amallia Cahaya Pratiwi-Siti Fadia Silva Ramadhanti juga dari Indonesia dengan keputusan 19-21-14-21.
Manakala dalam beregu campuran, Cheng Xing-Zhang ChiĀ yang merupakan pemain pilihan kelapan terpaksa menarik diri dan membolehkan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi meneruskan kemaraan.