Pemain Real Betis berasal dari Maghribi, Abde Ezzalzouli, tiba di kompleks sukan pasukan dengan memakai jubah selepas solat aidilfitri.
Walaupun Hari Raya, namun Abde Ezzalzouli tetap bekerja seperti biasa. Di mana Betis ada aksi menentang Panathinaikos dalam aksi UEL – bagi peringkat 16 akhir.
Namanya turut tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan untuk aksi genting tersebut. Ini kerana Real Betis ketinggalan 1 gol defisit daripada aksi pertamma sebelum ini.
Sebelum memulakan persiapan, rakannya bertanya, sama ada dia mmasih lagi berpuasa. Dan kenapa dia berpakaian seperti itu?
Dia menyatakan bahawa bulan puasa sudah habis, dan mereka sudah meraikan Hari Raya pada 20 Mac.
Ezzalzouli antara beberapa pemain yang berpuasa di Real Betis. Kelab tersebut menyokong pemain yang berpuasa dengan menyediakan pegawai khas yang membantu mereka dari segi pemakanan dan latihan fizikal khas.
Sofyan Amrabat merakam detik itu dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemain tersebut.
🇲🇦🟢 Así llegó Abde hoy a la ciudad deportiva del @RealBetis.
☪️ El jugador marroquí explicaba a Isco que ayer terminó el Ramadán.
📲 Vídeo de Amrabat | #ZonaMixta pic.twitter.com/7wIcQ3NkpN
— Zona Mixta (@ZonaMixta__) March 20, 2026
Di atas padang Ezzalzoulli berjaya membantu Betis menang 4-0 untuk mara ke pusingan suku akhir dengan agregat 4-1.