Kelab-kelab Liga Super menganggap keputusan Malaysian Football League (MFL) mengurangkan kuota pemain import di atas padang sebagai satu peluang terbaik untuk pemain tempatan merebut tempat.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus percaya keputusan ini adalah satu langkah strategik yang memberi keseimbangan antara mengekalkan daya saing liga dan membuka ruang yang lebih luas untuk pembangunan pemain tempatan.

Baca Juga:

Namun, beliau tidak mahu bakat tempatan yang diberi peluang hanya menjadi pelengkap kuota sebaliknya perlu menunjukkan kualiti sebenar di atas padang.

Pemain Tempatan
Kredit Foto: MFL

Pemain Tempatan Perlu Bersaing Dapatkan Tempat

“Dengan 6 pemain import dibenarkan di atas padang, cabaran utama ialah memastikan pemain tempatan tidak hanya menjadi pelengkap kuota.

“Mereka perlu bersaing secara merit dan berada dalam persekitaran teknikal yang mendidik dan mencabar.

“Jika tidak disertai dengan pelaburan serius dalam pembangunan bakat tempatan, maka pengurangan satu slot import tidak akan membawa impak besar.

Pemain Tempatan
Sumber Gambar: MFL

“Di pihak NSFC, kami komited untuk beri kepercayaan kepada pemain tempatan yang menunjukkan mentaliti kompetitif.

“Kami tidak mahu mereka berada dalam kesebelasan utama hanya kerana ada ruang, tetapi kerana mereka layak.

“Keseimbangan sebenar bermula apabila bakat tempatan mampu mengambil tempat pemain import, bukan sekadar diberi tempat.

Pemain Tempatan
Kredit Foto: MFL

“Tapi apa pun, kami menyambut baik pindaan ini yang dapat memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan untuk menimba lebih banyak minit permainan serta pengalaman beraksi di peringkat tertinggi.

“Bahkan, pihak MFL juga dilihat peka terhadap perkembangan liga serantau yang banyak melakukan perubahan dari segi kuota pemain import dan faham akan keputusan yang diambil ialah bagi memastikan Liga Super Malaysia lebih berdaya saing berbanding liga-liga lain di serantau Asia,” jelasnya.