Pemain pemain WNBA (NBA Wanita) di Amerika Syarikat bersolidariti dalam aksi All Stars WNBA dengan memakai baju t dengan mesej khas.
Di baju berwarna hitam itu mereka telah menulis ‘Pay Us What You Owe Us’ atau terjemahannya, ‘Sila Bayar Kami Hutang Kamu Kepada Kami’.
Pemain WNBA menuntut gaji dan bonus lebih besar daripada kelab kelab mereka dan juga WNBA. Kerana menurut mereka, atlet atlet wanita ini telah membantu kelab dan WNBA menjana keuntungan berlipat kali ganda.
Realiti WNBA sebaliknya
Namun malangnya, realiti tidak seperti yang mereka gambarkan. Menurut statistik, sejak penubuhan WNBA pada 28 tahun lalu, liga itu tidak pernah menghasilkan sebarang keuntungan.
Jadi, WNBA dan kelab kelab WNBA ini sebenarnya tidak merompak apa apa daripada pemain pemain dalam liga wanita ini. Sebaliknya, WNBA dan kelab kelab ini yang banyak memberi tanpa mengharapkan pulangan yang lumayan daripada pemain pemain WNBA.
WNBA players showed up to All-Star warmups in “Pay Us What You Owe Us” shirts
pic.twitter.com/9hb15R52YU— FearBuck (@FearedBuck) July 20, 2025
Ianya kerap mencatatkan kerugian sekitar $10 juta sehingga $50 juta. Angka kerugian $50 juta itu adalah dicatatkan pada 2024, walaupun pendapatan WNBA secara keseluruhan meningkat lebih $200 juta.
Baru baru ini, laporan menyebut bahawa WNBA berjaya mendapatkan perjanjian tajaan media termasuk penyiaran sebanyak $2.2 billion untuk 11 tahun.
Dan perjanjian itu akan bermula pada 2026. Namun statistik sebelum ini menunjukkan, walaupun pendapatan tahunan pada 2024 mencatatkan angka tertinggi sebayak $200 juta, WNBA masih rugi $50 juta.

Angka $2.2 billion itu jika dibahagikan kepada 11 tahun adalah sama dengan $200 juta semusim untuk tajaan. Dan jika perbelanjaan kelab kelab WNBA termasuk untuk pembayaran gaji pemain masih sama, mereka masih berdepan dengan angka kerugian yang sama.
Peminat berbeza pendapat tentang pemain WNBA
Seorang peminat WNBA masih mempertahankan tindakan pemain pemain tersebut. Menurutnya, WNBA masih terikat untuk membayar pekerja mereka berdasarkan skop kerja.
Dia menulis: “Pegawai payrol gaji di sini. Jika syarikat itu gagal mencatatkan keuntungan, mereka masih perlu membayar pekerja mereka berdasarkan nilai dan tugas yang dilakukan.
“Keuntungan yang dijana oleh pemain pemain WNBA ini tidak menggambarkan jumlah gaji semasa mereka. Terima kasih kerana membaca.”
Payroll Manager here. If a company is not profitable the company STILL has to pay the employees their worth for the tasks performed. The Revenue that the WNBA players generate is not reflective in their current salaries. Thanks for your time. https://t.co/1T3jGkljUH
— Big Jaz Tha Plug (@JazOutaControl) July 20, 2025
Namun peminat yang lain menghentam dan mengingatkan pemain pemain WNBA bahawa NBA (liga lelaki) telah membiayai liga itu dengan lebihan keuntungan mereka.
Jeffery Mead berkata: “Pemain pemain WNBA memakai baju “Pay Us What You Owe Us” ketika aksi All-Star game.
“Liga rugi $40 juta (sebenarnya $50 juta) tahun lalu dan tak pernah untung sekalipun. NBA yang membiayai kamu. Tiada orang yang berhutang dengan kamu hanya kerana ekuiti. Kamu layak mendapat gaji lebih besar dengan menjana keuntungan.
“Saya berharap pemilik liga ini tidak membenarkan wanita wanita ini protes untuk mendapatkan gaji lebih besar.”
WNBA players wore “Pay Us What You Owe Us” shirts at the All-Star game.
The league lost $40 million last year and has never turned a profit.
The NBA is subsidizing you.
You’re not owed more because of “equity.” You earn more by generating it.
I hope the owners of this league… pic.twitter.com/H0LbPUtCWB
— Jeffery Mead (@the_jefferymead) July 20, 2025
Malah ada yang beranggapan sebenarnya pemain pemain wanita ini yang berhutang dengan WNBA yang selama ini menyediakan platform untuk mereka terus bermain walaupun berterusan rugi.
Dan ada yang mahu pemain pemain wanita ini memakai baju: “Saya berhutang duit NBA.”
