Vinicius meminta gaji setara dengan Mbappe untuk kontrak baharu. Ketika ini, Kylian Mbappe meraih sekitar €31 juta semusim di Real Madrid.

Dan Vinicius merasakan dia layak menerima sekurang kurangnya €30 juta semusim dan itu tidak termasuk bonus untuk tandatangan kontrak baharu.

Ini sebenarnya bukanlah pertama kali Vini menyatakan hasratnya bahawa dia mahukan gaji setara Mbappe. Sejak tahun lalu lagi dia sudah menuntut gaji sebesar itu bersama Real Madrid.

Vinicius Junior
Soccer Football – LaLiga – Valencia v Real Madrid – Mestalla, Valencia, Spain – May 21, 2023 Real Madrid’s Vinicius Junior gestures towards a fan REUTERS/Pablo Morano

Ini kerana menurut Vini dia berhak mendapat gaji besar kerana hampir memenangi Ballon d’Or dan juga menjadi pemain terbaik dunia FIFA Best.

Namun begitu Florentino Perez merasakan bahawa Vinicius Jr tidaklah semahal itu ‘nilainya’.

Mahu gaji setara Mbappe punca kontrak tak disepakati lagi

Vinicius kekal tenang dan yakin Real Madrid akan menghadiahkannya kontrak seperti yang dimahukan terutama sekali gaji setara Mbappe.

Tetapi, laporan terbaru oleh COPE Sepanyol, menegaskan bahawa Real Madrid dan Vini masih gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu kerana permintaan gaji oleh Vinicius Jr yang dianggap terlalu tinggi daripada yang dijangka oleh Real Madrid.

Real Madrid berterus terang kepada ejen pemain itu bahawa kelab tidak mampu membayar gaji yang diminta oleh Vinicius Jr. Kini pemain itu harus menerima gaji yang ditawarkan Real Madrid atau terpaksa mencari kelab lain.

Ejen Vinicius Jr masih yakin kedua dua pihak akan mencapai kesepakatan. Dan rundingan masih berjalan di antara kedua dua pihak ketika ini.

Kontrak semasa Vinicius Jr masih ada sehingga 2027. Oleh sebab itu pemain itu dikatakan sangat tenang tentang kontrak baharunya.

Vinicius Jr sebelum ini pernah menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi kerana mahu terus bermain di UCL dan memenanginya lagi bersama Real Madrid.