Keadaan pecah belah di bilik persalinan Real Madrid kini terserlah apabila laporan mendedahkan pemain-pemain yang menyokong Vinicius Jr dalam konflik beliau yang semakin memuncak dengan pengurus, Xabi Alonso.

Ketika ini dikhabarkan terdapat dua kem di Real Madrid dimana ada pendukung Vinicius manakala satu kem lagi menyokong penuh kepimpinan Alonso yang berada di bawah tekanan itu.

Baca Juga:

Dua Kem Di Real Madrid

Menurut sumber laporan Goal, sudah berlaku perpecahan dalaman di Real Madrid dengan beberapa pemain pasukan utama dikatakan tidak berpuas hati dengan pengurusan Alonso.

Situasi itu bertambah tegang selepas Madrid mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Elche, Ia merupakan perlawanan ketiga berturut-turut tanpa kemenangan selepas seri mengecewakan menentang Rayo Vallecano dan kekalahan dalam Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

Apabila prestasi merosot, keadan itu menyebabkan rasa tidak puas hati yang telah lama terpendam mula meletus menjadi perpecahan yang jelas dalam kalangan skuad.

Barisan pemain seperti Federico Valverde, Vinicius, Rodrygo Goes, Brahim Diaz, Endrick dan Ferland Mendy semakin tidak berpuas hati dengan keputusan serta penerapan taktikal pengurus berusia 44 tahun itu.

Sementara itu, sekumpulan pemain kedua pula dilaporkan tampil menyokong kepimpinan Alonso dalam tempoh bergolak ini.

Kumpulan ini terdiri daripada Kylian Mbappe, Thibaut Courtois, Arda Guler, Dean Huijsen dan bek sayap, Alvaro Carreras.

Mereka tetap berdiri teguh di belakang Alonso dan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap pengurus tersebut.

Dengan perpecahan yang semakin ketara dalam bilik persalinan, Real Madrid kini berada di persimpangan penting musim ini.

Alonso bukan sahaja perlu mencari formula kemenangan di atas padang, malah turut berdepan cabaran menyatukan kembali skuadnya sebelum ketegangan ini menjejaskan prestasi pasukan secara lebih serius.

Sumber