Lima bintang Real Madrid dikatakan tidak begitu senang dengan corak permainan diterapkan Xabi Alonso walaupun kelab tersebut kini sedang mempimpin carta LaLiga 2025/26.
Selepas menewaskan Barcelona 2-1 dan kemudiannya membelasah Valencia 4-0, Real Madrid tersentak dengan kekalahan 0-1 kepada Liverpool serta seri tanpa jaringan ketika kunjungan ke Rayo Vallecano.
Perkembangan terkini pada dua aksi terakhir itu membuatkan keadaan tidak berjalan dengan baik dalam kem Real Madrid.
Masalah Biasa Buat Real Madrid
Menurut sumber laporan Mundo Deportivo, sudah mula terdapat keretakan dalam pasukan dengan skuad himpunan ‘ego’ besar pemain itu menyebabkan seolah-olah tiada hubungan antara pemain dan Xabi Alonso.
“Dalam perlawanan menentang Rayo Vallecano pada Ahad lalu, jelas kelihatan beberapa pemain seperti Vinicius Junior, Jude Bellingham dan Thibaut Courtois tidak begitu berpuas hati dengan keputusan pengurus berkaitan cara pasukan bermain bola dari bahagian belakang (bawah).”
“Sementara itu, pemain lain seperti Federico Valverde dan Eduardo Camavinga yang masih belum mendapat tempat tetap dalam kesebelasan utama dan sering dimainkan di pelbagai posisi.”
“Keadan itu turut kelihatan tidak sehaluan dengan pendekatan Xabi Alonso.”
Calderon kemudian mendakwa bahawa masalah yang timbul itu berpunca daripada perubahan kaedah latihan sejak ketibaan Alonso.
Bekas pengendali, Carlo Ancelotti, dilihat tidak begitu tegas dalam aspek taktikal manakala Alonso pula ‘mengawal segala-galanya’ dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk analisis video, penggunaan dron serta latihan taktikal yang lebih mendalam.
Namun, permasalahan itu mungkin tidak langsung menjejaskan fokus Alonso yang mendapat sokongan penuh Florentino Perez.