Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di Hype.my, sebuah laman web gaya hidup urban berbahasa Inggeris. Artikel telah dialih bahasa dan disesuaikan semula untuk The Vocket.


Bayangkan, anda bawa isteri atau suami atau ibu bapa anda pergi ke makan malam di tempat eksklusif . Makanan berkualiti tinggi, alunan muzik lembut, layanan mesra penuh senyuman dari pelayan dan ditambah pula dengan pemandangan kota Kuala Lumpur yang ‘picturesque’. 5 deria – rasa, bau, lihat, dengar dan sentuhan anda dirangsang. Ia adalah sesuatu yang indah dan menjadikan pengalaman makan malam anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Mahukah anda mengetahui di mana anda bakal menempuh pengalaman sebegini hebat? Ikuti penulisan kami di bawah.

1. The 39 Restaurant, Kuala Lumpur

Mahu rasakan masakan Melayu mewah yang tersembunyi tetapi mempunyai panorama kota Kuala Lumpur yang menarik? Anda boleh cuba The 39 Restaurant di PNB Darby Park. Terletak di tingkat 39 hotel, restoran yang menawarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas, menyajikan makanan melayu klasik yang disediakan oleh Chef Ismail yang terkenal di dalam gaya bufet yang mewah. Dan sebaik sahaja anda selesai dengan hidangan anda, anda boleh bergerak ke ruang makan al fresco The 39 Restaurant untuk menikmati pemandangan kaki langit sambil menghirup beberapa gelas koktel. Yum!

Masa beroperasi: 12:30 tengahari – 3 petang & 7 malam – 11 malam.

Alamat: PNB Darby Park, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

2. Cantaloupe @ Troika Sky Dining, Kuala Lumpur

Terletak di atas The Troika, Cantaloupe, restoren ini hanya mempunyai satu motto – untuk menyajikan makanan enak di dalam ruang yang mempunyai pemandangan menarik. Sekiranya ada bercadang untuk menikmati makan malam romantik, anda boleh memilih untuk makan di ruang balkoni, di mana anda berpeluang untuk mengamati panorama kota di waktu malam. The Cantaloupe berupaya menampung jumlah tetamu yang besar, cuma pastikan anda sudah membuat tempahan sebelum datang.

Masa beroperasi: 6:30 petang hingga 10:30 malam (pesanan terakhir).

Alamat: Level 23A, Tower B The Troika, 19 Persiaran KLCC 50450 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

3. Subak, Bukit Lanjan

Mahu menikmati makan malam dikelilingi alam semulajadi? Subak menawarkan tempat kehijauan seakan-akan resort. Restoren ala Bali (dengan sedikit rasa ‘kampung’) yang terasing ini terletak berhampiran Petaling Jaya dan hanya beberapa minit menggunakan kereta dari Mutiara Damansara. Subak menawarkan makanan dengan inspirasi Indonesia, dan beberapa makanan barat dan tempatan. Subak juga menawarkan makanan Jawa, memang menarik!

Masa beroperasi: 11 tengahari sehingga 12 malam.

Alamat: Lot 3213 Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan 60000 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

4. Senja Restaurant, Hotel Saujana Subang

Alami perbezaan di restoren Itali di Hotel Saujana ini. Senja adalah sebuah restoren Itali yang dibina di atas tiang di atas sebuah tasik buatan manusia, yang menghadap padang golf dan kehijauan taman yang subur. Ia menawarkan hidangan alfresco di ruangan dek, atau tetamu boleh menikmati makanan di ruangan dalam sambil didendangkan oleh kumpulan jazz. Ruang makan utamanya mempunyai dapur terbuka, yang menghidangkan pizzpaip dan roti yang dibakar dengan ketuhar kayu, serta hidangan pasta dan makanan Itali yang lain. Anda pasti tidak akan melupakan pemandangan matahari terbenam di sini sambil menikmati makan malam.

Masa Operasi: Selasa – Jumaat, 12 malam – 2:30 petang & 6:30 petang – 10:30 malam; Sabtu, Ahad dan Cuti Am, 6:30 malam – 10:30 malam.

Alamat: Senja Restaurant, Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS, 40150 Shah Alam, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

5. Tamarind Springs, Kuala Lumpur

Tamarind Springs cuma 15 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Dengan hutan asli Ampang, kawasan menghijau ini menjadi tempat paling dekat dengan warga Lembah Klang untuk mengubati jiwa dan badan yang lelah. Deria anda akan diubati dengan suasana yang tenang dan makanan tip top yang telah memenangi banyak anugerah.

Masa Operasi: Setiap hari, 12:30 tengahari – 2:30 petang & 6:30 petang – 10:30 malam.

Alamat: Jalan 1 Taman T.A.R. 68000 Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

6. Thirty8 Grand Hyatt, Kuala Lumpur

Apabila anda menjejakkan kaki ke tingkat 39 hotel Grand Hyatt, anda akan berjumpa dengan restoren Thirty8 yang cantik ini! Dengan pemandangan 360 darjah kota Kuala Lumpur yang indah, tiada kata-kata dapat menggambarkan suasana di restoren ini dengan tepat. Para pelanggan boleh berjalan di sekitar restoren untuk menikmati pemandangan sambil berhenti sebentar di dapur terbuka yang terletak di tengah-tengah restoren ini. Restoren Thirty8 menjamu makanan Jepun, Barat dan Cina yang sedap. Setiap detik anda di sini amatlah berbaloi ;)

Masa Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam.

Alamat: Thirty8 Restaurant and Lounge, Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

7. Samira by Asian Terrace, Sentul Park (KLPAC)

Bekerja di kotaraya dan mahu lari jauh dari hiruk pikuk hutan konkrit? Larilah ke Samira by Asian Terrace. Dibina dengan kayu keras dan lampu tradisional, Samira by Asian Terrace adalah tempat yang romantik dengan lampunya yang malap. Restoren ini menawarkan pelbagai makanan Thailand, dan sesetengan menu adalah unik dan hanya ada di sini. Sebagai contoh, Tom Yum Thai tradisional yang pekat. Anda juga boleh mencuba pulut mangga dan mocktail ala-Thai khas dari Samira by Asian Terrace!

Masa Operasi: Setiap hari, kecuali hari Rabu.

Alamat: Thirty8 Restaurant and Lounge, Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, lawati website mereka di sini.

Menarik, kan? Apa kata jamu mata anda dengan gambar 62 gambar makanan tempatan yang sedap lagi lazat ini.

Like page The Vocket di Facebook.